From tinitus to trauma




Keadaan telinga yang sentiasa berdesing dipanggil tinitus.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah sejenis penyakit tetapi merupakan simptom yang berlaku disebabkan beberapa perkara termasuklah jangkitan telinga, objek luar atau lilin dalam telinga, alah pada bahagian hidung yang menghalang aliran cecair dan menyebabkan penghasilan lilin dengan banyak (http://www.sihatselalu.com.my/).

Tinitus selalu datang dalam beberapa tempoh dalam hidup saya. Terkini pada seminggu sebelum syawal dan telah hampir sebulan keadaan ini on-off. Kesan-kesan psikologi selalu mendatangi. Keadaan tinitus tidak boleh dirawat atau diubati tetapi saya cuba mengawalnya dengan cara menerima keadaan tersebut dengan hati yang tenang. Dalam hal ini, terkadang saya amat memerlukan pemahaman dan bimbingan psikologi bagi membantu mengawal keadaan agar tidak runsing dan risau.




Secara fizikal saya mungkin nampak sihat, namun bayangkan anda hidup dengan sebelah telinga anda ditutup dan ianya berdesing. Bila anda bercakap, ada efek echo/gema dan bila berjalan terasa seperti seekor anak gajah! Tidak mengharapkan pemahaman orang yang memandang, saya cuba optimakan laras objektiviti saya. Pakar telah dirujuk dan akan dirujuk bila ia makin berterusan.

Walaupun tidak selesa dan swinging mood, Tinitus tidaklah meninggalkan trauma pada saya namun kesan trauma psikologi oleh suatu keadaan yang saya terima dalam tempoh menghidapi tinnitus kali ini adalah jauh lebih serius!

Trauma ini berpunca daripada tekanan psikologi bilamana pada ketika saya merasakan saya telah melakukan yang terbaik, keputusannya adalah sebaliknya! malah saya merasakan saya mendapat pulangan yang tidak setimpal dengan apa yang telah terbaik saya lakukan!

Alhamdulillah, aset saya pada rasa ikhlas dan redho disepanjang proses tersebut!walaubagaimanapun,saya sudah memaafkan namun saya ada masalah untuk melupakan!

Ia memberi trauma dan saya tidak dapat memikirkan apa-apa kemungkinan lagi selepas ini melainkan mendoakan yang terbaik!amin!

sebagai manusia kita tidak akan dapat lari daripada mengalami pelbagai keadaan emosi dan psikologi, Rasulullah telah menyarankan supaya bersederhana @ kesederhanaan dalam menangani keadaan ini. moga Allah senantiasa mencurahkan Rahmah dan Hidayah buat semua.

Comments

  1. salam.. maklumat yang baru utk saya. cuma agak terkejut bila ada kaitan berdesing dgn taruma (betulkan kalau saya salah...)

    erm, aset yang digunakan tu sudah betul iaitu ikhlas, namun nak buang perasaan marah kecil dalam hati tu susah sikit..

    ada sedikit petua.. letak tangan di dada, bercakap dengan diri adakah kita suka jika org pun menyimpan perasaan marah kecil ini pada kita setelah kita memohon maaf padanya? cakap perlahan lahan sambil harapkan pertolongan Allah utk menghilangkan perasaan tadi..

    selamat beramal.. smg ada manfaatnya..

    ReplyDelete
  2. salam ustaz,,
    tinnitus ni boleh jadikan sesetengah orang trauma ustaz, saya cuba untuk tidak sampai ke tahap itu.
    cuma saya nak bandingkan antara cedera fizikal dan psikologikal, kata orang, luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu.

    terima kasih banyak ustaz atas saranan
    bagus jga trauma psikologi ni, paling tidak, saya dpt check and balance hubungan dengan Allah, moga Allah menganugerahkan pertolongan buat hamba dengan hati yg kerdil ini.amin!

    ReplyDelete
  3. salam rose@ila,

    akak menghidapi tinnitus sejak sekitar lewat 1990an. akak telah mendapatkan rawatan pakar dan berbagai ujian telah dilakukan. namun ianya tidak juga sembuh (bunyi berdesing itu tidak hilang sama sekali) sehingga hari ini. dan akhirnya akak telah biasa dengan keadaan ini. alhamdulillah, ianya tidak mengganggu kehidupan harian akak.

    sebenarnya akak telah menghidapi dizziness ketika terjaga pada suatu pagi dalam tahun 1984. anak sulung akak menangis hendakkan susu. akak cuba bangun, namun hilang keseimbangan. seolah-olah berada di atas kapal yang sedang di lambung ombak.

    ketika itu akak sedang menuntut di USA. berbagai ujian telah dilakukan oleh doktor pakar di sana. akhirnya telinga (bahagian dalam) akak disahkan telah dijangkiti kuman iaitu disorder of the inner ear. ianya mengambil masa yang agak lama untuk sembuh dan adakalanya ianya berulang.

    namun setelah beberapa tahun, akak mengalami pula tinnitus yang berterusan sehingga ke hari ini. jika keadaan di sekitar bising, maka kuranglah kedengaran bunyi berdesing seperti bunyi cengkerik di malam hari. tetapi apabila keadaan di sekitar sunyi-sepi, bunyi tersebut akan kedengaran jelas dan kuat.

    bersabarlah dik. semoga adik diberi kesabaran untuk menghadapi dugaanNya itu.

    ReplyDelete
  4. pakar ENT telah merumuskan mungkin telinga bahagian dalam akak telah rosak ketika akak menghidapi dizziness (vertigo) dalam tahun 1984 dan menyebabkan akak mengalami tinnitus kekal hingga ke hari ini....

    ReplyDelete
  5. salam kak maz
    saya baru semalam jumpa pakar ENT dan disahkan gengendang sy bocor.saya diberikan antibiotik dan drop, doanya selepas ini ok.

    seperti akak, sy sebenarnya dah lama sakit telinga ni, sejak sek rendah memang akan on-off sakit telinga, dah macam berkala!sy ada mention pd dr. keadaan ini krn by this time mungkin bdn sy dah bnyk tolarate dgn tinitus (kekadang sy tak dapat nak bezakan volume sebenar dan cuba terima dengan tenag). desingan tu ada!jika k maz dah lama dan dah bnyk info ttg tinnitus, dan boleh teruskan hidup, sy juga akan cuba.
    terima kasih k maz!

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam Rose

    Insya Allah, hidup rose tidak akan terganggu dengan kehadiran tinnitus tu .... Ameen.

    ReplyDelete
  7. salam k maz,
    sebelum ada info ttg tinnitus ni, sy sangkakan ianya normal pada semua orang :), bila tinnitus dtg, tipulah jika sy katakan ia tidak menjadikan sy stress tapi skrg sy cb biasakan dan sy
    tetap redho dan bersyukur dengan nikmatNya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..