Banana Tree will not produce the banana twice!

Blog sahabat memaparkan kisah beliau memetik buah-buahan di negara empat musim, sungguh teruja dengan anggur, peach, berries, apple dan macam-macam lagi.

di belakang rumah, nah!mari kita memetik buah tempatan, pisang!
di Jepun, disebabkan bebarap faktor keterujaan dengan pisang, khabarnya, beg sekolah kanak-kanak di sana disediakan ruangan khas untuk display pisang!mungkin ia jua menunjukkan prestij agaknya, macam kita di Malaysia bawa grape atau apple (mungkin).

bersyukurlah apa yang ada, hujan emas di negeri orang atau buah empat musim di negeri orang, buah tempatan di negeri sendiri, baik manfaatkan.

pokok pisang memang mudah subur di iklim khatulistiwa dan tropika, di belakang rumah pohon ini mudah di tanam dan diselenggara dan cepat pula berbuah sehingga kami tidak perasan masa memetik sudah tiba!

orang Melayu juga terkesan dengan pisang sehingga banyak digunakan dalam pepatah/pantun seperti:

1- Pisang tidak berbuah dua kali

(Banana Tree will Not Produce The banana Twice--kata pensyarah Bahasa Inggeris saya dulu :)

2-pisang emas bawa belayar
masa sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi di bawa mati.

(khabarnya pisang dibawa belayar untuk dijadikan bahan penahan/ubat mabuk laut/belayar. Struktur atau paten masak pisang ini menjadikannya mudah dibawa untuk perjalanan jauh.,maklumlah freezer belum ada. pisang yang masih kehijauan akan mengambil masa untuk masak/kekuningan, justeru dalam perjalanan, pelayar boleh menikmati pisang-sebagai penahan mabuk juga alas perut-banyak, fibre, pottasium dan anti oksidan)


anak-anak riang membantu/bermain ketika aktiviti memetik pisang


Kata orang tua-tua, selepas buah dipetik,
pokoknya perlu terus dibuang!tak elok dibiarkan

tak sedar buah sudah ranum di pokok


Alhamdulillah rezeki Allah!


Tandan pisang yang ke 4 untuk tahun 2010!


Comments

  1. salam Rose,

    memang benar, pisang tidak akan berbuah dua kali. begitulah lumrah kehidupan yang telah diatur oleh Allah yang Maha Esa. namun satu kejadian Allah SWT telah berlaku dalam keluarga kami, di mana pokok pisang tersebut telah berbuah dua kali.

    kejadian berlaku dalam tahun 70an. sekitar lewat 1970 atau awal 1971. Kak Maz tidak berapa ingat akan tarikhnya sebab masa tu baru berusia sekitar 7 tahun.

    seperti kebiasaannya, apabila pisang telah hampir masak, kita akan memotong tandan pisang tersebut dan pokoknya ditebang. namun tidak berapa lama setelah ditebang, tunggul pokok pisang berkenaan mengeluarkan setandan pisang lagi tetapi saiznya agak kecil. masa tu, kita tidak seperti sekarang; suka merakamkan foto kejadian yang pelik-pelik. jadi tiada siapa mengambil gambar kejadian yang amat pelik itu. tetapi akak masih ingat, peristiwa tersebut mendapat perhatian penduduk setempat.

    ada seseorang hamba Allah memberitahu emak akak bahawa kejadian tersebut mungkin suatu petanda yang kami akan mendapat sesuatu yang baik. dan juga dengan berkat Allah, bapa Kak Maz telah dinaikkan pangkat tidak berapa lama selepas itu.

    itulah kuasa Allah.... jika Allah menyatakan kunfayakun, maka jadilah... Ameen.

    ReplyDelete
  2. salam k maz
    terima kasih atas perkongsian pengalaman kak maz yang berharga tu.
    saya akui segalanya adalah ketetapan dariNya. walaupun dikatakan universal truth lah pisang tidak berbuah dua kali namun dengan izinNya semuanya tidak mustahil bukan?
    apa yang penting bagi kita adalah mengambil pengajaran dan senantiasa beringat serta melalui ruang kehidupan dgn panduanNya, kan k maz?
    alam adalah ilmu kehidupan yg Allah anugerahkan buat kita yg sentiasa berfikir...moga kita senantiasa dibimbing Ilahi, amin!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum rose. bertuah bagi sesiapa yang sudi berbudi kepada tanah. tubuh badan sihat, nikmat makan pun dapat. keluarga bertambah rukun dan anak-anak gembira.

    ReplyDelete
  4. salam kakchik
    terima kasih atas kunjungan
    tanaman kontan pisang ni paling mudah hidup di rumah tuan yg kekurangan masa berbudi pada tanah namun masih berminat berkebun :)
    hasilnya sprti kata kakchik, terbukti berkesan!

    ReplyDelete
  5. wahhh, bestnyer ade laman leh cucuk tanam :)

    ReplyDelete
  6. kadang-kadang bila takde laman, nak sngt bercucuk tanam..bila ada laman, takde masa la pulak, mcm2 kita ni kan:) pendek kata, manfaatkan apa yang ada dan bersyukurlah selalu dengan apa yang ada, alhamdulillah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..