akhirnya, Solusi!


Kegembiraan memuncak bila mendapat emel daripada pihak sidang editor majalah solusi kegemaran saya.emelnya berbunyi:

Tahniah, respons anda tersiar dalam Solusi 23, sila berikan kami alamat penuh dan no telefon untuk mudah kami hubungi dan poskan hadiah sebagai tanda terima kasih.

Saya dipertemukan dengan majalah Solusi pada Isu 20 walaupun saya sudah lama mengetahui tentang majalah ini. Pertama kali memegang naskah dan membacanya, saya seolah mendapat sebuah majalah yang sudah lama diidamkan: naskahnya menarik, kertasnya tebal, harganya murah/berpatutan, ilustrasinya cantik dan sesuai, isu-isunya menarik, gembelengan isu-isu semasa dengan syariat!yang paling best, penulis-penulisnya yang berkaliber dan mantap!setiap artikel dipersembahkan dengan menarik dan yang penting, ia membenamkan daya kefahaman yang tinggi di benak pembaca!jika ditanya para pembaca Solusi, pasti mereka bersetuju dengan saya.

Solusi Pilihan Saya!

teringat saya menerima emel dari editor memohon saya mengemukakan sumber rujukan petikan tokoh yang saya sisipkan dalam respon yang saya beri. kelam kabut juga saya mencari sumber yang dimaksudkan. setelah clarification dibuat, saya terus menerus membeli Solusi / dalam proses untuk melanggan dan setiap kali membaca, saya menjengah kolum respon mencari-cari kalau-kalau ada respon saya dimuatkan. Geli hati juga. tidak dinafikan sedikit kekecewaan menyisip bila tidak kelihatan respon dicari, tapi emel hari ini nyata menceria & mengujakan!

Kegembiraan ini amat menyenangkan walau hanya berbentuk penulisan respon pendek dalam ruangan awal majalah Solusi. Bagaimana gembira agaknya jika hasil penulisan diterbitkan?

Saya meminati bidang penulisan, namun masih cetek ilmu dan pengalaman. Mungkin ini adalah permulaan baik untuk saya menulis. Ada juga menulis jurnal berwasit dan kertas kerja untuk prosiding seminar kebangsaan dan antarabangsa secara berkala dan kala kelapangan. Moga terus dipermudahkan, min!A

Saya amat gembira dan terharu dengan sahabat-sahabat yang bijak menulis dan artikel mereka tersiar dengan olahan isu berdasarkan bidang pengkhususan masing-masing.

Ada di kalangan sahabat yang lain pula dilamar penerbit untuk menulis dan disiarkan artikel mereka. Saya ucapkan tahniah dan akan terus memberi galakan kepada mereka untuk terus bertinta!

Semoga Allah mengurniakan ilmu, kekuatan dan kesempatan untuk merealisasikan hasrat ini. Amin!

Comments

  1. Salam, Rose :)

    Tahniah. Semoga ini merupakan titik awal untuk Rose menulis dan melakar idea yang lebih lagi di masa akan datang.

    Sama-sama kita menambah khazanah ilmu yang bermanfaat buat santapan minda generasi hari ini dan akan datang, InsyaALLAH.

    Semoga dipermudahkan-NYA :)

    ReplyDelete
  2. salam ukhtie..
    sungguh terharu atas kunjungan utk artikel yang tidak seberapa.Terima kasih banyak!
    mohon tunjuk ajar dan doa ukhtie ya.
    Salam Aidilfitri buat ukhtie sekeluarga:)

    ReplyDelete
  3. salam rose. ingatkan dah post comment semalam. rupanya tak masuk komen tu. (sbb mungkin tak buat verification word kot.. tu lah byk sgt prosedur nak bagi komen.. ehehe)

    tahniah! semoga rose semakin bersemangat utk menulis. dan bila dah ada majalah iktiraf tulisan tu, rasanya dah kira berkualiti lah tulisan rose tu. alf mabruk..

    dan ahaks.. tulisan saya jugak tak masuk majalah.. ahaks..

    wassalam..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum rose.

    Tahniah kakchik ucapkan. Semoga terus aktif menulis selepas ni. Kakchik pun pembaca Solusi. Tidak melanggan tapi membelinya hampir setiap bulan. Tulisan rose masuk dalam isu yang ke berapa dan tajuknya apa. Kalau tak keberatan bagitau kakchik ya.

    ReplyDelete
  5. salam kakchik dan ustaz!
    kakchik, sy pun pembaca solusi, komen sy sj yg keluar dlm isu 23 spt ilustrasi di atas,heeee,jadilakan kakchik?beraki-rakit ke hulu kata org..

    ustaz!kita menulis bukan kerna nama..hahhahhah,
    mari terus menulis!

    salam lebaran buat ukhtie, kakchik dan ustaz sekeluarga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..