Posts

Showing posts from September, 2010

Banana Tree will not produce the banana twice!

Image
Blog sahabat memaparkan kisah beliau memetik buah-buahan di negara empat musim, sungguh teruja dengan anggur, peach, berries, apple dan macam-macam lagi.

di belakang rumah, nah!mari kita memetik buah tempatan, pisang!
di Jepun, disebabkan bebarap faktor keterujaan dengan pisang, khabarnya, beg sekolah kanak-kanak di sana disediakan ruangan khas untuk display pisang!mungkin ia jua menunjukkan prestij agaknya, macam kita di Malaysia bawa grape atau apple (mungkin).

bersyukurlah apa yang ada, hujan emas di negeri orang atau buah empat musim di negeri orang, buah tempatan di negeri sendiri, baik manfaatkan.

pokok pisang memang mudah subur di iklim khatulistiwa dan tropika, di belakang rumah pohon ini mudah di tanam dan diselenggara dan cepat pula berbuah sehingga kami tidak perasan masa memetik sudah tiba!

orang Melayu juga terkesan dengan pisang sehingga banyak digunakan dalam pepatah/pantun seperti:

1- Pisang tidak berbuah dua kali

(Banana Tree will Not Produce The banana Twice--kata pensyarah…

From tinitus to trauma

Image
Keadaan telinga yang sentiasa berdesing dipanggil tinitus.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah sejenis penyakit tetapi merupakan simptom yang berlaku disebabkan beberapa perkara termasuklah jangkitan telinga, objek luar atau lilin dalam telinga, alah pada bahagian hidung yang menghalang aliran cecair dan menyebabkan penghasilan lilin dengan banyak (http://www.sihatselalu.com.my/).

Tinitus selalu datang dalam beberapa tempoh dalam hidup saya. Terkini pada seminggu sebelum syawal dan telah hampir sebulan keadaan ini on-off. Kesan-kesan psikologi selalu mendatangi. Keadaan tinitus tidak boleh dirawat atau diubati tetapi saya cuba mengawalnya dengan cara menerima keadaan tersebut dengan hati yang tenang. Dalam hal ini, terkadang saya amat memerlukan pemahaman dan bimbingan psikologi bagi membantu mengawal keadaan agar tidak runsing dan risau.




Secara fizikal saya mungkin nampak sihat, namun bayangkan anda hidup dengan sebelah telinga anda ditutup dan ianya berdesing. Bila anda bercakap, ada efek…

kunjungan jarang, menambah sayang

Image
seorang sahabat Rasulullah SAW, Atha bercerita:

pada suatu hari aku dan Ubaid bin Umair pergi menziarahi Aisyah RA dan beliau berbicara dengan kami di sebalik tirai pembatas.

ujar beliau : Hai Ubaid, kenapa anda tidak datang-datang mengunjungi kami? Ada apa dan mengapa?

jawabku: kunjungan yang jarang-jarang akan menambah sayang (Solusi, isu.20)

ketupat fitrah

Image
ilustrasi dari pasarkresi.com

Meninggalkan bandar dan bergerak ke desa merupakan manifestasi tahunan warga Melayu Muslim setibanya Aidilfitri. Budaya ini relevan mungkin pada majoriti daripada kita memandangkan semuanya berasal dari kampung, berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki. musim perayaan memperlihatkan satu budaya belut pulang ke lubuk. Hatta individu yang sungguh moden yang kadang-kadang lupa asal dari kampung dan menidakkan kekampungan dek emej koperat bandar yang moden, bila tiba hari raya pasti nostalgik dengan suasana raya di desa!hati pasti terbayang betapa nostalgianya beraya di desa.

Kejiranan yang dekat lagi mesra,suasana desa yang unik lagi menenangkan dan nilai fitrah kedesaan yang masih survive masih wujud di kampung!

Apa itu nilai fitrah?pada saya ia adalah nilai murni yang hadir dalam diri setiap kita sejak hadir di dunia. Ia juga bersifat sejagat dan universal.

Sebagai contoh,wang kertas RM1 sah diperakukan dengan nilai satu Ringgit Malaysia. Pemberi RM1 akan keh…

akhirnya, Solusi!

Image