What a waste!


Teksturnya yang hijau bersalut kelapa bak salju meruntun sukma!dilimpahi dengan manisan gula kabung pekat menyentap jiwa. Keinginan terlekat pada manisan nan satu, kuih lopes!

Dibandingkan dengan strawberi cecah coklat, kuih lopes lebih sedap (setakat ini). Seawal puasa ditanya sang suami manisan apa yang kepingin buat santapan berbuka kerana kebetulan sang suami menjengah bazaar Ramadhan. Sejak ada dua cahayamata, minat seperti dulu-dulu untuk tawaf Bazar Ramadhan perlu dipertimbangkan kerana agak tidak selesa bagi anak-anak kecil ke tempat sebegitu melainkan kami berdua berada bersama supaya sense of control lebih tinggi terhadap anak-anak dan persekitaran.

Justeru jika ada ketika, salah seorang sahaja akan berkhidmat dan yang seorang lagi hanya amalkan special order atau order saja!Bab juadah berbuka kami selesa masak sendiri di rumah sekadarnya. Kalau nak membeli di bazaar memang ada dan pernah tapi bukanlah amalan, Cuma kadang-kadang jika memerlukan.

Kalau ada tolong belikan kuih lopes ya barang seringgit dua!

suami belikan 3 ketul kuih lopes buatku, seringgit katanya. Adalah dibelinya kek coklat kukus 3 hiris buat anak-anak.

Berbuka dengan gembira dengan kuih lopes walaupun pulutnya tidak padat, mungkin dibungkus di darat dan mungkin tidak dibungkus dengan daun pisang, diikat ketat dan direbus, hijaunya perlahan persis pewarna dan mungkin bukan hijau pandan, bau pandan pun bau-bau epal gitu, agak seperti ada elemen esen vanilla. Bukankah kreativiti dan inisiatif sebegini harus dipuji dalam dunia kapitalis kini?!

Kelapa parut diluarnya seakan dikira!Alhamdulillah tidaklah masam, mungkin telah dikukus sedikit supaya tahan lama. Gula manisannya?nah selepas dibuka getah ikatannya, semua menerjah laju turun menggambarkan tahap kepekatannya yang terlalu rendah. Mungkin bukan gula kabung, bukan juga gula kasar dan pastinya gula merah yang terlalu cair!

tapi bak kata suami, bersyukurlah apa yang ada, kalau nak perfect, buatlah sendiri (buat sendiri pun belum tentu tetapi setakat untuk seorang makan dengan hanya 3 ketul, lebih baik beli betul tak?). Saya memberi pendapat sebagai pengguna kataku kepada suami. Saya bayar untuk mendapatkan hasil terbaik. Isn’t customer is always right ? (and left as well?). tapi betul, makan dan bersyukurlah.

Daripada 3 ketul dibeli, saya hanya mampu habiskan dua ketul sahaja. memandangkan suami kurang gemarkan manisan, tinggallah seketul lagi kuih lopes. Sahur menjengah dan kuih lopes tidak juga dapat dihabiskan lantas dibuang akhirnya. Terasa sungguh membazir! What really a waste!

Ini baru beli 3 ketul kuih lopes! Buatnya tawaf bazaar Ramadhan menjamu mata dan membeli dengan RM10, di mana kudrat nak menghabiskan? Murtabak, ayam madu, yong taufu, nasi ayam malah pelbagai lagi di mana hendak diletak?teringat tajuk satu blog, berpuasa bukan untuk berpuas!betul!

Dek kerana masih kepingin kuih lopes, hari yang berikutnya giliran saya menjengah Bazaar Ramadhan dan suami bersama anak-anak. Walaupun saya bukanlah dari golongan yang kuat melawan nafsu ketika di bazaar, Semata-mata untuk kuih lopes saya ikutkan juga dan fokus hanya untuk mendapatkan kuih lopes!puasa!puasa!

Saya:kuih lopes ni macamana?
Penjual:3 seringgit kak.
Saya:saya nak dua keping je boleh?(sebab 3 keping pasti tak terhabis)
Penjual: tak boleh kak, kita jual 3 seringgit jugak.
Saya:ok, saya ambil 2 keping jela
Penjual:2 keping pun seringgit!!
Saya:………………….speechless………………

End of part one*****

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..