Travelog: al-Kaabah al-Musyarrafah


Selagi ada waktu
Selagi ada rindu
Walau beribu batu
Ingin aku bertemu

Bercerita tentang kegembiraan..
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka dan kedua, kegembiraan ketika menemui Tuhannya."

Pesanan Rasulullah supaya menjadikan janji temu yang terakhir di bumi Makkah adalah di Kaabah al-Musyarrafah. tatkala itu tanpa susah payah atau memaksa, hati yang merasai akan mahalnya harga pertemuan dengan rumah yang pertama itu sudah tentu akan memecahkan empangan air mata yang akan melimpah semahunya.

Ada sahabat menceritakan beliau teresak-esak kali pertama memandang kaabah, kerana kehambaan dan syukur!terdetik di fikiran,akan punyai jiwa sebegitukah bila mengadap kaabah nanti?

Ternyata pertama kali penglihatan dilorongkan ke kaabah, hati terasa berderap dan perasaan halus yang sukar digambar tiba-tiba menyusul, air mata jatuh mencurah saat ditatap rumah Allah yang menjadi idaman jiwa rohani.

Perasaan dan keadaan ini berterusan ketika solat, tawaf, saie dan kesedihan yang amat meruntun tiba bila mengerjakan tawaf widaq. Pertama kali perasaan tidak mahu pulang ke tanahair muncul, tidak seperti menziarahi tempat-tempat lain sebelum ini.

Bila pulang ke tanahair, terasa amat rindu untuk bertandang lagi. Selagi ada waktu, Selagi ada rindu,Walau beribu batu, Ingin aku bertemu…
Moga dipermudahkan,amin!

"Ya Allah, janganlah enkau jadikan pertemuan ini, pertemuan dan janji temu kami yang terakhir dengan rumahMu ya Allah. Ya Allah rezekikanlah semula kepulangan kami ke sini sesudah kepulangan.."

Ini baru kegembiraan bertandang ke rumah Allah!
Bertemu dengan Allah?gembirakah dengan amalan yang dibawa?

Adapun kegembiraan ketika bertemu dengan Allah s.w.t., laksana kegembiraan sang kekasih yang sentiasa menyimpan rindu untuk bertemu dengan kekasihnya, yang telah lama berjauhan di perantauan.

Semoga ini dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam dalam usaha untuk memperbaiki hubungan diri dengan Allah s.w.t..

Wallahu a'lam...

Roselangkawi



Comments

  1. alhamdulillah..
    bila baca cerita di atas, dapat saya simpulkan:
    alangkah bertuahnya insan yang memliki jasad di malaysia tetapi hati di tanah suci mekkah..

    p/s kalau tengok tarikh kat gambo tu tahun 2007 buat umrah.. bila nak gi lagi? :)

    ReplyDelete
  2. salam ustaz,makasih bertandang lagi..
    tula, 2oo7 pegi konvo adik & wat umrah skali, ikutkan hati sekarang sy nk pegi, tapi seriously target 2011 saya nak wat Haji!amin!doakan ya ustaz!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum rose.

    bertuahnya rose sudah sampai di sana untuk beramal ibadah. kakchik juga yang masih menyimpan duit dan menyimpan cita-cita untuk ke sana. setiap kali dengar cerita orang ke baitullah untuk umrah atau haji, hati jadi sayu.

    ReplyDelete
  4. salam kak chik
    InsyaAllah kakchik akan dijemput ke Baitullah nanti,dengan niat suci dan usaha kakchik.Amin!sy pun tgh mengumpul-ngumpul utk bertandang lagi, ish riiindu bangat nih :)kita sama2 doakan ek

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..