Syafakallah!


Berpuasa dalam keadaan demam selsema dengan hidung tersumbat memang memeritkan!tidak boleh bernafas dengan selesa!terpaksa bernafas melalui mulut!

sungguh indah rahmat Allah memberikan pernafasan sempurna demi hayat yang makmur, hidup bermuamalah dan beribadah. Bayangkan hanya sedikit nikmat ini ditarik!malam tidak boleh tidur, bercakap susah,makan minum ketika berbuka juga tidak terasa indah, resah gelisah!MasyaAllah!

Selalunya putri-putriku yang mengalami masalah hidung tersumbat. Mama sekadar menyapukan ubat secara external dan beri ubat secara oral atau titisan hidung tanpa membayangkan perit sebenarnya hidung tersumbat ini. Sehinggalah selepas infeksi demam selsema yang melanda dan membawa kepada masalah ini pada mama.

Hidung tersumbat dapat disebabkan oleh pelbagai hal, seperti pembengkakan pada konka atau bahagian dari saluran udara hidung yang letaknya di bagian dalam batang hidung dan mengalami pembengkakan. Akibatnya menyumbat aliran udara yang masuk.

Selepas berbuka pelbagai cara oral dibuat untuk melegakan hidung tersumbat sehingga membawa kepada tidur yang terganggu dan terlepas waktu sahur!bila fajar menyingsing usaha-usaha oral dan external yang dikhuatiri membatalkan puasa ditangguhkan!besar dugaannya sehingga menuggu maghrib!

Satu malam sebelumnya…
Telah dicuba kaedah …

1-titisan air diubun-ubun dan diusap
2-lekapan tuala panas rendaman air halia diketuk
3-minum minuman panas
4-ubatan kimia seperti panadol dan soluble


Namun keberhasilannya masih minima!
Tips berikutnya akan dibuat malam ini!

1-didihkan air hingga panas, kemudian angkat dan tuangkan ke dalam bekas yang cukup besar.

2-Hirup wap air yang hangat serta tutup kepala dengan tuala lebar. Fungsinya agar wap air yang kita dihirup dapat membantu melancarkan aliran darah pada rongga hidung dan dapat mengecilkan konka yang membengkak.

Tips terakhir yang akan dibuat…
beli ubat menghilangkan hidung tersumbat di farmasi:

1-Ubat tablet = 'Clarinase'(R), telan 1 biji pagi, 1 biji malam selepas makan. Ini antara yang terbaik sebab tidak menyebabkan mengantuk.

2- Nasal drop, contohnya. 'Iliadin'(R) nasal drop, titis ke daam hidung sebanyak 2-3 titis apabila perlu, paling kerap 4 kali sehari.

3-Nasal aspirator

Rawatan alternatif:

1-banyakkan rehat
2-banyakkan minum air suam
3-ambil vitamin terutama nya vitamin C

Jika keadaan tidak berubah selepas 3 hari, akan berjumpa doktor.

"Dan jika Allah menimpa sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya, kecuali Dia".
- (Surah Yunus: 107)

Yang paling baik ialah ialah kuat sabar, dan tenang menghadapi setiap ketentuan Allah swt yang menimpa kita serta berserah diri dan redha dengan kehendak Allah swt.

Comments

  1. ada lagi tambahan..

    jika masih ada ibu maka suruh ibu solat sunat hajat 2 rakaat.. mohon diangkat penyakit tuh..

    ataupun, suruh suami solat hajat...

    thuhur (suci) insyaallah.. :p

    ReplyDelete
  2. ustaz-betul tu.saya biasa minta en suami saje yg doakan...

    Sis:syafakillah

    ReplyDelete
  3. salam ukhtie & ustaz..betul tu....;)
    syukran....

    ReplyDelete
  4. info tentang hidung tersumbat di SIHAT SELALU - Hidung Tersumbat

    ReplyDelete
  5. dear armouris, tips di blog anda memang membantu, saya link yer..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..