pesta Konvo KUIS kali ke 13, 2010


2003 saya berkhidmat di kUIS. Pernah mendapat tawaran KuiTTho, UM dan UKM namun KUIS seakan sesuai untuk jiwa raga. Selesa dengan imej Universiti Islam seawal 1990-an di UIAM, pertama kali menjejak kaki ke KUIS ketika itu KISDAR seakan mengimbau nostalgia lalu, Cuma skalanya agak comel berbanding UIAM. Sesiapa saja yang pertama kali masuk ke KUIS pasti tertarik dengan pemandangan tasiknya yang mendamaikan dan pernah dinobatkan sebagai pemenang hadiah lanndskap terbaik!

Kekuatan program akademiknya juga makin mantap dengan tenaga akademia pelbagai bidang dan telah berkembang luas fakulti-fakulti yang menawarkan pelbagai pengkhususan dari Pengajian Islam, Bahasa & Komunikasi, Pengurusan & Muamalah, IT, Pendidkan malah kejururawatan!

Ditanya kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke KUIS, kebanyakkan menilaikan Biah Islamiah sebagai nilai tambah KUIS. Nah, konvokesyen yang ke 13 telah menyusul. Anak sulung buah didik saya telah beberapa batch ke belakang telah Berjaya memnbina hidup dan kerjaya masing-masing. Apa yang lebih manis dari pengalaman sebegini.

Istiadat konvokesyen adalah meraikan para graduan dan kejayaan juga buat para akademia dan institusi. Saya lampirkan sedikit info KUIS bagi yang berminat. Bukan promo sebarangan Cuma bukankah benar bahawa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung!

Sejarah, Latarbelakang & profil KUIS

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau lebih dikenali sebagai KUIS merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik sepenuhnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sehingga kini KUIS masih mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam. Selain itu, KUIS juga berperanan menyediakan alternatif bagi lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi .

Bersandarkan misi dan visi yang jelas, KUIS terus mengorak langkah ke hadapan mendepani pelbagai cabaran dan perubahan. Falsafah kesepaduan ilmu yang didukung adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang boleh memajukan negara di masa hadapan.

Selaras dengan itu, KUIS menawarkan bidang pengajian merentasi disiplin antaranya termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, bahasa dan komunikasi, ICT dan multimedia, kejururawatan dan pendidikan. KUIS juga sentiasa komited dalam memastikan setiap program yang ditawarkan adalah berdaya saing, kompetitif dan berkualiti serta memenuhi perakuan (MQA) Agensi Kelayakan Malaysia.

Dalam usaha menjadi sebuah universiti elit dan dinamik, KUIS terus berusaha mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2008 bagi skop pengajian dan pembelajaran (P&P). Selain itu, pengiktirafan status Multimedia Super Corridor (MSC) telah berjaya membuktikan keupayaan KUIS menyediakan khidmat pendidikan tinggi di bidang teknologi maklumat sekaligus menyumbang kepada hasrat kerajaan dalam melahirkan pekerja-pekerja bermaklumat (k-workers) untuk kejayaan MSC.

Menerusi jaringan akademik di dalam dan luar negara, aspek penjanaan ilmu dan inovasi terutama melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan terus dipertingkatkan bersesuaian dengan moto Pemangkin Tradisi Ilmu.

Sejajar dengan itu juga, KUIS bertekad untuk menjadi sebuah gedung ilmu bertaraf antarabangsa dan pelopor di kalangan institusi pendidikan tinggi swasta berteraskan Islam.


Moto, Visi, Misi & Falsafah KUIS

Moto
Pemangkin Tradisi Ilmu

Visi
Memartabatkan KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam bertaraf dunia yang mendapat keredhaan Allah.

Misi
Bertekad ke arah mencapai kecemerlangan pengurusan, akademik dan sahsiah pelajar melalui penggunaan teknologi terkini dan perkhidmatan berkualiti berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Falsafah
Kesepaduan antara ilmu, iman dan amal menjadi dasar ke arah melahirkan insan yang bertaqwa dan berketerampilan untuk menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

Membentuk dan mendidik generasi ummah agar menjadi insan soleh melalui dasar pendidikan yang berteraskan ilmu naqli (revealed knowledge) dan ilmu aqli (acquired knowledge) yang berpaksikan tauhid untuk melahirkan generasi profesional yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman.

Fasiliti KUIS

Fasiliti dan infrastruktur KUIS terdiri daripada bangunan penginapan / asrama, auditorium, dewan teater, dewan kuliah, bilik tutorial dan makmal bahasa .

Pencapaian & Pengiktirafan KUIS

1- Status Multimedia Super Corridor (MSC) (26 Disember 07)
2- Malaysia Book of Records - Menanam Pokok Bunga Raya Terbanyak Dalam Masa 50 Saat (3 Ogos 07).
3- Persijilan MS ISO 9001:2000 (Sejak 2003).
4- Anugerah Akreditasi LAN (Kini MQA) Terbanyak (9 Jun 03).
5- Naik Taraf Kolej Universiti (Disember 2004).
6- Anugerah Kualiti YAB Dato' Menteri Besar Selangor,
Tempat Ke 3 (2005) .


bagi yang ingin memeriahkan pesta konvo kuis jemputlah datang :)

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..