percayalah pada perkara AKIDAH!


dolly pic from emilayusof.com


Kuih apa untuk bazaar petang ni? Tanya suami ketika kami menyediakan juadah (hujung minggu sahaja) untuk jualan di bazaar Ramadhan milik mama.

Macam biasa dan yang biasa-biasa saja:

Jelly cocktail, talam berlauk, bingka suji, cara berlauk, lompang, badak berendam dan sardine roll.

Teringat susah payah bonda di kampung membesarkan kami dengan menyedia dan menjual kuih muih juga nasi lemak. Kemuncak penglibatan bonda di arena menyedia kuih muih ini ialah menerima tempahan hotel di Langkawi. Serpihan pengalaman ini membawa kepada cubaan menyedia kuih-muih untuk jualan kecil-kecilan di bazaar sekadar membantu mama dengan gerainya.

Kita bukan semata-mata menjual kuih, kita menjamu orang berpuasa!banyak pahala ni mama!kata suami sambil saya masih terkial-kial menyedia bahan.

Banyak kuih ni, macam nak hujan la pulak…(khuatir jualan tidak memberangsangkan)

Ish..hujan tu kan rahmat..

Lagipun Kita kene percaya kepada perkara aqidah…

Rezeki Allah tentukan, ada rezeki kita nanti, InsyAllah!

Alhamdulillah, sejam membantu mama di gerai, sambutan amat baik.

Menjelang Asar sehingga 6.30 petang, trafik sungguh lebat hingga tidak menang tangan.

tolong cover ! belum solat lagilah!kataku kepada suami

Dalam perjalanan ke surau, sesak dengan pengunjung bazaar,berbisik di hati, solat ke tidak jiran-jiran geraiku tadi, tak pernah nampak berganjak dari gerai, zohor mereka dah sampai, asar & maghrib masih di gerai. Tak juga pernah terselisih masa di surau.

Musafir kot!ke buat jamak? (tergelak sindir dalam hati mengenangkan ada sahabat yang sebut Jamak taksir dan Jamak takyah)

Ish..kene ribut jugak bazaar ni nanti…nauzubillah!!

Harap-harapnya, solatlah mereka…..

Comments

  1. salam..
    teringat kata-kata kawan: kalau jadi peniaga, masa nak solat tu lah yang tiba-tiba ramai dtg nak beli. kekdang tu hati berkata "erm, jap lagi la solat tu.. pelanggan ramai lagi ni.. rezeki nih.. kan solat itu panjang waktunya"

    tetapi kata kawan tu lagi.. kaum yahudi pun diuji dengan banyaknya rezeki pada hari sabtu, sehinggakan mereka merancang helah untu menipu Tuhan..

    bersolatlah wahai peniaga.. pejamlah matamu dan yakinlah lagi berkat business tu bila taat menjadi sendi jualan..

    ReplyDelete
  2. salam..
    saya bukanlah kaki berniaga, memang takde bakat, tolong2 mama tu bolehla,tp betul,time kita nak solat, time tula ramai pelanggan,kalau tak kuat, bleh hanyut dibawa waktu solat yang kian larut!

    tapi sedih, kalau boleh saya buat statistik, 90% peniaga tempat saya buat pemerhatian kasar ni x solat!

    WaAllahu a'lam

    ReplyDelete
  3. salam rose.. dulu pernah bincang dengan kawan pasal ni. bila ditanya kenapa ramai peniaga yang serong? kenapa ramai yang curang? tidakkah ada yang beriman dan bertaqwa jadi peniaga?

    dan bergurau kawan saya menjawab.. ada peniaga yang beriman dan bertaqwa, tapi dah gulung tikar disebabkan kena sabotaj dek yg curang!

    erm.. dalam sinis ada betulnya:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..