manisnya Iman


Alunnya merah mekar di sukma
Manisnya rasa sejuk di mata
Andai iman semanis gula
Pasti ceria hidup sentiasa

Pastikan rupa seiras rasa
Jangan cantik tiada cita
Biar merah mekar sentiasa
Agar manisnya menghapus lara

Sama cantik sama rasa
Rupa akhlaq iman sekata
Agar sisih segala dosa
Manisnya iman abadi si syurga

…roseLangkawi@Ramadhan 1431

Comments

  1. salam rose. waduh... pagi2 lagi dah menggoda keimanan :)

    ReplyDelete
  2. salam kakchik,,heee agar-agar kosong jer tu, kaler je merah memikat, adala buah koktel cket kat dalam,jgn cepat tergoda tau...bahya...pose...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..