Kita tidak sempurna


Pepatah ada mengatakan bahawa manusia itu tidak sempurna!walaubagaimanapun pepatah juga ada mengatakan bahawa usaha itu tangga kejayaan!

Penyediaan juadah Ramadhan menyedarkan saya bahawa saya tidak sempurna! Teringin untuk menyediakan bingka gandum, justeru saya dapatkan resepi dari bonda. Bingka gandum ini adalah dalam kategori resepi mudah dilakukan. Saya bukanlah pro-memasak dan resepi ini pula bukan selalu boleh disediakan melainkan ada keperluan. Jadi panduan amat diperlukan. Bak kata pepatah, Malas bertanya, sesat jalan dan usaha itu tangga kejayaan bukan?

Jadi saya mula menyediakan juadah seperti resepi bonda. Hasilan yang pertama boleh dimakan namun tidak seperti yang saya ingin dan bayangkan. Saya cuba lagi sekali dengan mengubahsuai bahan yang berwajar untuk hasilan yang lebih cantik namun untuk kali kedua, tekstrurnya Cuma ada sedikit penambahbaikan.

Untuk kali ketiga, saya cuba lagi sekali dengan pemurnian. Alhamdulillah, Nampak seperti yang sepatutnya saya inginkan!walau resepi yang mudah, saya perlu mencuba 3 kali untuk hasilan yang cemerlang!justeru saya telah catat dan patenkan resepi tersebut!

Tertantaya-tanya, salahkah resepi bonda?tidak mungkin!sebab bonda telah 30 tahun berpengalaman!bukan salah ibu mengandung!mungkin handling dan air tangan yang berbeza!justeru saya rumuskan beberapa perkara:

1-perlu bertanya kepada yang lebih mengetahui/berilmu
2-mengintegrasikan ilmu/pengalaman/pemerhatian
3-sentiasa menambahbaiki/penambahbaikan
4-usaha tangga kejayaan
5-tidak putus asa
5-kejayaan lambang manisnya iman!

Hikmah penyediaan juadah ini menginsafkan saya bahawa sememangnya kita tidak sempurna dan keperluan untuk mencari kesempurnaan itu adalah ibadah!

Setelah 3 kali mencuba, saya paten dan kuncikan resepi bingka gandum perfecto ini..

bahan-bahan

1 cawan gula kasar
2 cawan tepung gandung
2 cawan santan kelapa
3 biji telur ayam
Pewarna hijau
1 genggam kismis

Cara penyediaan

Semua bahan kecuali kismis di kisar dalam blender hingga sebati
Tuangkan dalam Loyang yang telah dioles sedikit majerin
Taburkan kismis

Bakar pada suhu 180c selama 40 minit

Apabila masak, biarkan sejuk, potong dan hidangkan!

Comments

  1. salam...alhamdulillah diucapkan bila baca posting hari ini. w/pun posting resepi, tapi rasa menarik bila dikaitkan dengan sifat kehambaan. sesuatu yang menarik apabila setiap perbuatan/ aktiviti menjadi tafakkuri. semoga allah memudahkan lagi kefahaman ttg agamaNya..

    "andai zikir baralun bersama nafasnya, pasti tiada sesaat terlupa akan Rabbnya.."

    salam

    ReplyDelete
  2. salam ya ustaz..
    pengalaman peribadi,,jika kita membuka ruang hati untukNYA, segalanya akan mudah terdorong ke arah mengenal diri dan ilahi, betul kan? moga hidayahNya senantiasa mencurah!amin!
    syukran...

    ReplyDelete
  3. salam Rose,

    artikel yang menarik kerana kegiatan harian disulamkan bersama sifat kehambaan.... Kak Maz juga setuju dengan segala rumusan Rose di atas ....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..