Islam Buah Melaka


Perjalanan ke rumah akan melalui satu simpang empat di mana banyak banner dipasang. Lampu trafik merah membuatkan mata tertumpu kepada satu banner tertulis:

selamat menyambut Ramadhan
dari Persatuan Warga Melayu seMalaysia


dengan slogan:

Melayu Islam, Islam Melayu

Bila lampu trafik berukar hijau, fikiran kalut berfikir:

1-Persatuan Warga Melayu se Malaysia & Warga Melayu, siapa orang Melayu?
2-Islam, Melayu Islam, Islam Melayu?


Lima minit untuk tiba di rumah, minda terus menerawang jauh.

1-Persatuan Warga Melayu se Malaysia & Warga Melayu, siapa orang Melayu?

Tak pernah dengar pula sebuah persatuan sebegitu. Mungkin pengetahuan am belum mantap. Mengambil positif terhadap nama persatuan, terfikir,bagus juga ada persatuan yang menjaga kebajikan orang Melayu.

Konsep warga Melayu rasanya tepat kerana dalam istilah Sosiologi istilah Bangsa Melayu ada banyak perdebatan namun jika etnik Melayu, itu betul! Melayu adalah etnik yang telah mengalami percampuran biologi pada jangka masa yang lama, justeru elemen pengenalan biologi agak tidak relevan kerana sudah tidak dapat dikenalpasti dan dibuktikan secara jelas!Etnik pula secara umum menggambarkan sekelompok individu yang mempunyai ciri budaya yang sepunya.

Teringat zaman dulu-kala ketika belajar di peringkat ijazah pertama orang Melayu di katakan:

-Berasal dari Yunan, China
-dikenali sebagai Melayu-Proto / Jakun
-Pelaut yang hebat
-mendiami Sumatra & Semenanjung Tanah Melayu
-Sejarawan Portugis, Godinho de Eredia mengatakan orang Melayu adalah orang selat
(mendiami Melaka & Johor)


Melayu Terkini:

- dikenali sebagai Melayu-Deutro
-Keturunan/warisan daripada Melayu-Proto/Jakun yang berkahwin dengan orang India moden, Thai, Arab dan Cina.
- Melayu-Proto/Jakun + India moden, Thai, Arab dan Cina = Melayu-Deutro
-Dipengaruhi oleh budaya India/Hindu selama 2000 tahun.
-Perkahwinan Campur telah mewujudkan kepelbagaian budaya

Negeri Asal-usul

Umumnya-->Tamil + Gujerat
Kedah, Perlis-->+ Thai / Siam
Kelantan-->Jawa (Empayar Majapahit)
Perak-->Sumatera, Aceh
Selangor-->Bugis Indonesia
Negeri Sembilan-->Minangkabau, Sumatera

Percampuran pelbagai kaum = Melayu Moden

Contoh/Kesultanan Melayu Melaka.

Sultan Muhammad Shah Mengahwini Puteri dari India Pemerintah
Sultan Mansur Shah Mengahwini Puteri Jawa (Kacukan Cina dan Siam)
2 sultan Pahang

Nah, dari segi biologi/fizikal, etnik atau warga Melayu telah lama mengalami percampuran. Saya sendiri mengikut salasilah keturunan keluarga mempunyai salasilah dari Turki+Siam+Sumatera!soal ketulenan Melayu dari segi biologi saya sendiri tidak dapat buktikan malah orang lain juga!Sebab itu kita sendiri dapat melihat evolusi fizikal yang ketara pada seluruh etnik, Melayu juga mempunyai ciri-ciri kecinaan, keindiaan dan sebagainya serta sebaliknya bukan?disebabkan ini Islam yang yang indah menetapkan ciri Muslim sebagai yang beriman dan bertaqwa serta bukan paras rupa yang menjadi ukuran!

Mungkin atas dasar ini juga Perlembagaan Malaysia menetapkan Orang Melayu sebagai:

• Seorang yang beragama Islam
• Bertutur Bahasa Melayu
• Mengamalkan adat istiadat Melayu
• Lahir sebelum merdeka sama ada di persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau Singapura.

Warga Melayu diberikan keistimewaan oleh Perlembagaan dan Bumiputera Sabah & Sarawak (termasuk bukan Melayu) tergolong untuk menerima keistemewaan seperti orang Melayu di Tanah Melayu.

Hak istimewa orang Melayu termaktub dalam perlembagaan supaya pembelaan dan bantuan dapat diberikan kepada orang Melayu sebagai penduduk peribumi. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu di Semenanjung.

Antara perkara yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu adalah Perkhidmatan awam , Lapangan Ekonomi dan Pelajaran.kuota kemasukan dalam sektor awam dan kuota kemasukan ke institusi pengajian tinggi, biasiswa, kemudahan mendapat lesen dan permit perniagaan.

Sungguhpun begitu, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menganggu atau menarik balik sebarang keistimewaan kaum lain untuk diberi kepada peribumi.

Jelas disini bahawa elemen budayalah yang menentukan ciri-ciri seorang Melayu dan kemelayuannya. Warga Melayu adalah yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu serta lahir di negara ini!

Jelas juga bahawa ciri-ciri ini boleh dapat dan boleh juga hilang!

Mengikut konsep, sesiapa sahaja yang mempunyai ciri-ciri di atas boleh dikategorikan sebagai Melayu (lebih spesifik Melayu mengikut Perlembagaan). Seperti dinyatakan kepada pelajar saya, jika seorang Mat Saleh yang mempunyai ciri-ciri biologi/fizikal seperti berkulit putih, hidung mancung, bermata biru dan berambut blonde mempunyai ciri-ciri Melayu mengikut konsep diberikan, dia adalah Melayu!

sebaliknya orang Melayu secara biologi/fizikal yang berkulit sawo matang, hidung yang tak berapa tinggi, mata hitam,atau coklat dan berambut hitam tidak beragama Islam, tidak bertutur dalam bahasa Melayu dan tidak mengamalkan adat istiadat Melayu, dia bukanlah orang Melayu bukan?

Melayu moden dilihat pantas mengalami krisis identiti dan budaya. Ada yang cuba menukar identiti dan budaya: ada yang sibuk memutihkan kulit, memancungkan hidung, memakai lensa kontek berwarna malah mewarnakan rambut! secara fizikal ditempat awam, kita sendiri pun kadang-kadang susah menentukan whos who bila memandang khalayak. Lebih kritikal, ada yang sanggup menukar agama!Nauzubillah!mungkinkah globalisasi perlu dipersalahkan dalam hal ini?

Melayu Islam, Islam Melayu

Etnik Melayu telah sekian lama diasosiasikan dengan agama Islam. Bukan orang Melayu lah jika tidak beragama Islam.

Teringat saya pada kuliah Prof.Arif (professor Sosiologi & antropologi) ketika mengambil subjek Malaysian Society. Ketika membincangkan konsep Melayu Islam ini, beliau mengibaratkan Islam dan orang Melayu sebagai Islam Buah Melaka. Kami sangka beliau bergurau namun benar, menurut beliau, jika diibaratkan kuih buah Melaka sebagai orang Melayu dan inti gula Melaka sebagai agama Islam. ia tepat menggambarkan orang Melayu sebenarnya dimana isinya Islam namun luarannya disaluti amalan serta budaya Hindu (maklumlah tamadun Melayu telah dipengaruhi selama lebih 2000 tahun!)



Pada saya personafikasi prof. tentang orang Melayu dan Islam dengan menggambarkan buah Melaka masih dikira baik jika dibandingkan dengan situasi sekarang. Islam Buah Melaka masih mempunyai teras dan jati diri Islam tetapi sekarang Entah Melayu dan Islam masih boleh di personafikasikan sebegitu?tepuk dada tanyalah Iman!

Isu orang Melayu@Islam tidak mengamal dan menggambarkan keIslaman bukanlah isu baharu, malah ia telah lama diperkatakan. Sehinggakan ada yang mengatakan bahawa jika ingin mendalami Islam, jangan melihat orang Islam, lihatlah teras ajarannya!

Prof.Dr.Sidek Baba ada mengatakan bahawa Islam ke Tanah Melayu dahulu tidak datang bersama tamadun, disebabkan itu orang Islam di Tanah Melayu tidak sama dengan orang Islam di Timur Tengah contohnya. Lain pula dengan Barat dan Ketamadunan!Barat menjajah dan membawa serta menyebarkan tamadunnya!sebab itu ada orang Melayu Islam lebih barat dan lebih kebaratan dari barat itu sendiri!

Di sinikah letaknya pertimbangan dan kewarasan kita?




Pada saya, konsep Melayu Islam dan Islam Melayu itu sungguh cantik. Kita perlu lebih mendalami, menginternalisasi dan mengintegrasikan Islam seluruhnya dalam kehidupan. Kerana Islam itu indah dan Islam adalah cara hidup!

Comments

  1. salam.. best artikel ni.. tahniah.

    cuma sesekali terfikir bagaimana kerajaan melayu melaka dahulu boleh melahirkan bangsa cina berbudaya melayu (baba dan nyonya).. dan bagaimana keadaan sekarang yang melahirkan melayu berbudayakan omputih.. erm.. bila difikir-fikir hebatnya kita suatu masa dahulu!

    ke guaner?

    ReplyDelete
  2. salam ustaz,makasih atas sokongan!
    menulis setakat ilmu yg cetek di minda:)
    pada saya, yang membudaya dan menberi kegemilangan pada warga Melayu ialah Islam!yang MeMelayukan orang Melayu ialah Islam!Ia mampu memperkaya rohani dan jasmani dan menonjolkan elemen dominan bila diinternalisasikan dalam kehidupan, ye tak?
    bila budaya ini longgar, tak mustahil Melayu akan hilang!Laksamana Hang Tuah pernah berkata 'Takkan Melayu Hilang di dunia" tapi mungkinkah Melayu nanti hanya akan tinggal nama shj???

    ReplyDelete
  3. dulu masa budak-budak, pepatah ni hang tuah tu rasa biasa sahaja.. ye lah pepatah motivasi bangsa.

    namun, bila usia dah meningkat dewasa, sesekali terfikir.. atas unsur apa hang tuah berkata begitu? bgmana suasana persekitaran ketika itu? dan kalau hang tuah hidup sekarang, adakah beliau masih lagi nak sebut pepatah tu?

    bila difikir2.. mungkin sesuatu yg wujud di zaman hang tuah telah hilang di zaman kita..

    ke guaner?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..