Iman The Merdeka Girl



Walaupun puteri ke dua telah berusia satu tahun 8 bulan namun pengalaman kelahiran puteri pertama ,Iman amat nostalgik dan mengujakan!

full scan menjangkakan bayi bakal lahir adalah perempuan serta dijangka kelahiran pada 21hb.Ogos 2006. Namun pada tarikh tersebut kedudukan bayi belum engaged sepenuhnya, justeru saya dinasihatkan meletakkan standby mode jika terdapat tanda-tanda melahirkan dalam tempoh tersebut. Overdue yang dibolehkan adalah dalam tempoh sepuluh hari dari tarikh due, justeru doktor mencadangkan kami memilih tarikh untuk di induce memandangkan bayi masih mahu berbulan madu di dalam!memandangkan dalam bulan kemerdekaan, kami memilih 30 Ogos 2006 sebagai tarikh temujanji.

10 pagi 30 Ogos saya menyerah diri di hospital, induce pertama diberi pada 12 tengahari, 6 jam berikutnya saya masih kebal, tiada sakit atau sebarang tanda!6 petang diberi induce kedua dan berakhir 12 malam, tanda hanya 0.4!namun contraction telah terasa dan makin kuat serta kerap!doktor menawarkan epidural jika saya bersalin dalam tempoh ini, namun saya menjawab; “tengok dululah doktor…”. Disuntiknya saya ubat penahan sakit untuk bertahan hingga ke subuh!suami diajak berjaga sepanjang malam dek tidak tahan menahan kesakitan melanda!

selepas subuh 31 Ogos, saya dimasukkan ke bilik bersalin yang semuanya fully booked disebabkan 31 Ogos! bertemankan suami yang sepatutnya menyertai perarakan kemerdekaan peringkat negeri, terus saya meminta epidural kerana sakit dan keletihan berjaga malam!agak lama menunggu , gesa menyentap memulakan proses kelahiran yang agak sukar.

Epidural yang memberikan sensasi kebas telah menjadikan saya sukar mengagak tambahan pula kali pertama melahirkan. Vacum digunakan dan selepas pull yang ketiga, bayi merdeka pertama pada hari tersebut selamat dilahirkan. Rupa-rupanya kaki bayi terbelit tali pusat dan menjadikan proses kelahiran agak panjang dan memenatkan…

selepas melihat bayi yang comel, Alhamdulillah, hilang semua kesakitan. Saya menjeling suami disebelah yang mengazan dan mengiqamahkan bayi dengan seribu kesyukuran.

Syukur kepada Allah, terima kasih kepada doktor dan jururawat yang amat penyayang serta suami yang amat mendorong.Bayi dinamakan abahnya Aisyah al-Iman dan diberikan pihak Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bangi hamper sempena kelahiran istimewa pada 31 Ogos 2006. 31 Ogos 2010 ini genap Iman 4 tahun.

Selamat Hari Ulangtahun anakanda Iman!mama sayang Iman.Moga menjadi anak yang solehah!amin


Asma Surayya Al-Adhaani juga lahir pada cuti umum 11 Disember 2008
selepas lewat 3 hari (sepatutnya lahir pada tanggal Aidil Adha)

Comments

  1. salam.. Asma surayya.. kita berkongsi hari lahir la.. bolehlah sambut birthday sekali nih.. :P

    kpd iman, selamat hari lahir yang bakal tiba..
    semoga Allah lembutkan hati puteri berdua menjadi puteri2 solehah.. penyujuk mata semua insan.. amin..

    ReplyDelete
  2. salam ustaz
    Asma surayya juga berkongsi hari lahir yg sama dengan Tuanku Sultan Selangor!Selangor Cuti!patutla surayya overdue,nak sama birthday dgn individu bermaqam tinggi!amin!

    terima kasih atas doa ustaz buat 2 anakanda hamba.amin!mg permata hati ustaz juga menjadi penyejuk mata semua insan.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas doa rose.. saya amat memerlukan doa dari semua. tq..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..