1957, The chronicles


Mengendalikan subjek Pengajian Malaysia yang membincangkan soal negara dan kenegaraan bermula 2003 menggambarkan seribu satu pengalaman tentang penghayatan pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa terhadap sebuah negara bernama Malaysia.

Alhamdulillah subjek diwajibkan kepada semua pelajar dan di bawah seliaan MQA. Jika tidak diwajibkan, pasti tidak akan ada pelajar yang lalu untuk mendaftar jauh sekali sebagai sukarela mengikuti subjek!

Tak minat sejarahla puan!kata pelajar A

Macam subjek sejarah tingkatan 2 je puan!Kata pelajar B

Saya tak pandai hafal tarikh la puan!kata pula pelajar C

Hendak seribu daya, mahu seribu cara!kata saya!

Hakikatnya, ia bukanlah sekadar subjek sejarah kosong, menghafal tarikh-tarikh penting dan memerlukan minat yang teramat mendalam untuk memahami dan menghayatinya.

Saya juga bukan pakar sejarah dan bukan juga pengkhususan dalam sejarah!Saya hanya mahu tahu sejarah dan mengambil pengajaran daripada sejarah!

10-20% daripada pelajar mampu memperolehi gred A untuk subjek ini, majoriti mendapat B, B+ manakala selebihnya mendapat C, D dan ada juga yang gagal! Namun ini tidak dapat mengggambarkan tahap kesedaran dan penghayatan secara total.

Selalu berdoa semoga paling tidak sedikit pengajaran dan penghayatan terselit di hati dan minda mereka.

Sejarah Malaysia bermula seawal zaman paleolitik, mesolitik neolitik dan logam. Namun sejarah dijejak seawal 1400 semasa ketibaan Paremeswara di Melaka bersempena kejadian ajaib anjing buruan baginda ditendang pelanduk di bawah pohon Melaka.

Melaka mencapai kegemilangan selama lebih kurang 111 tahun (1400-1511) dan 1511 membuka era penjajahan selama hampir 447 tahun oleh penjajah bermula Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun!di akhir fasa penjajahan, negara bergelut dengan ancaman komunis dan negara diisytiharkan merdeka dalam tempoh darurat!

Perjuangan mencapai kemerdekaan melalui jalan pertumpahan darah dan perbincangan serta melibatkan ramai tokoh-tokoh perjuangan dari segenap pelosok. Mungkin generasi baharu mengenali Allahyarham Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai bapa kemerdekaan, namun, sebelum, seiiring dan selepas beliau, terlalu banyak tokoh lain yang berkorban malah terkorban demi sebuah kemerdekaan!

1963 menyaksikan penubuhan sebuah negara baharu dinamakan Malaysia (sebelumnya Tanah Melayu) yang dianggotai semenanjung, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei termasuk di dalam gagasan namun tidak menyertai Malaysia. Justeru 16 September 1963 telah menjadi Hari Malaysia.

1965 Singapura keluar dari gagasan Malaysia dan tinggallah Semenenjung, Sabah dan Sarawak kekal sebagai Malaysia sehingga hari ini. Pun dalam tempoh ini, kemerdekaan tercalar dengan Rusuhan kaum 1969 yang telah mencorak bentuk kemerdekaan yang kita miliki selama ini.

Dinilai dari segi tempoh:

Kegemilangan : 111 tahun (1400-1511)
Penjajajahan : 447 tahun (1511-1957)
Kemerdekaan : 53 tahun (1957-2010)

Senipis kulit bawang usia kemerdekaan jika dibandingkan dengan usia kegemilangan yang pernah dicapai. dapatkah kita mempertahankan kemerdekaan dan kegemilangan untuk 111 tahun seperti Melaka?

Amat nipis lagi jika dibandingkan dengan usia penjajahan! 447 tahun dijajah!Mahukah kita dijajah lagi?selamanya?dijajah minda, iman dan akal?

Angka 53 ini terlalu muda dan perjalanan masih lagi jauh dan penuh liku!

Bukanlah sambutan kemerdekaan dengan hanya sekadar mengibar bendera dan melaungkan merdeka! Apa yang lebih penting ialah kesedaran, aprisiasi dan pengajaran serta semangat untuk mengekal serta menyuburkan kemerdekaan!

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

"Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan kepada sejarah. Sejarah merupakan satu khazanah yang amat bernilai. Sejarah adalah gedung pengalaman. Bangsa yang agung adalah bangsa yang menempuh sejarah dan mahu mempelajari dari sejarah. Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari dari sejarah, akan terus melakukan kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu. Dari sejarah kita menghargai kehormatan diri kita".

Tun. Dr. Mahathir Mohamad
Yayasan Perdana

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..