Posts

Showing posts from August, 2010

percayalah pada perkara AKIDAH!

Image
dolly pic from emilayusof.com

1957, The chronicles

Image
Mengendalikan subjek Pengajian Malaysia yang membincangkan soal negara dan kenegaraan bermula 2003 menggambarkan seribu satu pengalaman tentang penghayatan pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa terhadap sebuah negara bernama Malaysia.

Alhamdulillah subjek diwajibkan kepada semua pelajar dan di bawah seliaan MQA. Jika tidak diwajibkan, pasti tidak akan ada pelajar yang lalu untuk mendaftar jauh sekali sebagai sukarela mengikuti subjek!

Tak minat sejarahla puan!kata pelajar A

Macam subjek sejarah tingkatan 2 je puan!Kata pelajar B

Saya tak pandai hafal tarikh la puan!kata pula pelajar C

Hendak seribu daya, mahu seribu cara!kata saya!

Hakikatnya, ia bukanlah sekadar subjek sejarah kosong, menghafal tarikh-tarikh penting dan memerlukan minat yang teramat mendalam untuk memahami dan menghayatinya.

Saya juga bukan pakar sejarah dan bukan juga pengkhususan dalam sejarah!Saya hanya mahu tahu sejarah dan mengambil pengajaran daripada sejarah!

10-20% daripada pelajar mampu memperolehi gred A unt…

Islam Buah Melaka

Image
Perjalanan ke rumah akan melalui satu simpang empat di mana banyak banner dipasang. Lampu trafik merah membuatkan mata tertumpu kepada satu banner tertulis:

selamat menyambut Ramadhan
dari Persatuan Warga Melayu seMalaysia

dengan slogan:

Melayu Islam, Islam Melayu

Bila lampu trafik berukar hijau, fikiran kalut berfikir:

1-Persatuan Warga Melayu se Malaysia & Warga Melayu, siapa orang Melayu?
2-Islam, Melayu Islam, Islam Melayu?

Lima minit untuk tiba di rumah, minda terus menerawang jauh.

1-Persatuan Warga Melayu se Malaysia & Warga Melayu, siapa orang Melayu?

Tak pernah dengar pula sebuah persatuan sebegitu. Mungkin pengetahuan am belum mantap. Mengambil positif terhadap nama persatuan, terfikir,bagus juga ada persatuan yang menjaga kebajikan orang Melayu.

Konsep warga Melayu rasanya tepat kerana dalam istilah Sosiologi istilah Bangsa Melayu ada banyak perdebatan namun jika etnik Melayu, itu betul! Melayu adalah etnik yang telah mengalami percampuran biologi pada jangka masa yang lama, j…

My new housemaid

Image

Iman The Merdeka Girl

Image

Travelog: al-Kaabah al-Musyarrafah

Image
Selagi ada waktu
Selagi ada rindu
Walau beribu batu
Ingin aku bertemu

Bercerita tentang kegembiraan..
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka dan kedua, kegembiraan ketika menemui Tuhannya."

Pesanan Rasulullah supaya menjadikan janji temu yang terakhir di bumi Makkah adalah di Kaabah al-Musyarrafah. tatkala itu tanpa susah payah atau memaksa, hati yang merasai akan mahalnya harga pertemuan dengan rumah yang pertama itu sudah tentu akan memecahkan empangan air mata yang akan melimpah semahunya.

Ada sahabat menceritakan beliau teresak-esak kali pertama memandang kaabah, kerana kehambaan dan syukur!terdetik di fikiran,akan punyai jiwa sebegitukah bila mengadap kaabah nanti?

Ternyata pertama kali penglihatan dilorongkan ke kaabah, hati terasa berderap dan perasaan halus yang sukar digambar tiba-tiba menyusul, air mata jatuh mencurah saat ditatap rumah Allah yang menjadi idaman jiwa rohani.

Perasaan dan…

manisnya Iman

Image
Alunnya merah mekar di sukma
Manisnya rasa sejuk di mata
Andai iman semanis gula
Pasti ceria hidup sentiasa

Pastikan rupa seiras rasa
Jangan cantik tiada cita
Biar merah mekar sentiasa
Agar manisnya menghapus lara

Sama cantik sama rasa
Rupa akhlaq iman sekata
Agar sisih segala dosa
Manisnya iman abadi si syurga

…roseLangkawi@Ramadhan 1431

Kita tidak sempurna

Image
Pepatah ada mengatakan bahawa manusia itu tidak sempurna!walaubagaimanapun pepatah juga ada mengatakan bahawa usaha itu tangga kejayaan!

Penyediaan juadah Ramadhan menyedarkan saya bahawa saya tidak sempurna! Teringin untuk menyediakan bingka gandum, justeru saya dapatkan resepi dari bonda. Bingka gandum ini adalah dalam kategori resepi mudah dilakukan. Saya bukanlah pro-memasak dan resepi ini pula bukan selalu boleh disediakan melainkan ada keperluan. Jadi panduan amat diperlukan. Bak kata pepatah, Malas bertanya, sesat jalan dan usaha itu tangga kejayaan bukan?

Jadi saya mula menyediakan juadah seperti resepi bonda. Hasilan yang pertama boleh dimakan namun tidak seperti yang saya ingin dan bayangkan. Saya cuba lagi sekali dengan mengubahsuai bahan yang berwajar untuk hasilan yang lebih cantik namun untuk kali kedua, tekstrurnya Cuma ada sedikit penambahbaikan.

Untuk kali ketiga, saya cuba lagi sekali dengan pemurnian. Alhamdulillah, Nampak seperti yang sepatutnya saya inginkan!walau r…

Mars Vs Venus

Image
suami sukakan makaroni bakar dan saya sukakan siakap kukus!baik, kita sama-sama masak dan sama-sama makan!

Lelaki dan wanita pasti punyai perbezaan sehingga digambarkan masing-masing berasal dari dua planet yang berbeza. alangkah cantik jika dapat mencari keserasian dalam perbezaan tersebut?

Men are from Mars, Women are from Venus (published in May 1992) is a book by John Gray offering many suggestions for improving men-women relationships in couples by understanding the communication style and emotional needs of the opposite gender. It spawned a series of follow-on books expanding on specific situations.

The book, as suggested by the title, asserts the notion that men and women are as different as beings from other planets. Gray adopts this metaphor as the central theme of all his books and seminars, likening men and women to the classical Roman god Mars and goddess Venus as ideal types.

In contrast to some psychologists and feminists who emphasize similarities between the sexes, Gray wr…