Prof. Muhammad Haji Salleh Sasterawan Negara & Tokoh Anugerah Akademik Negara 2008




Oleh: Rosfazila Abd. Rahman

Bicara Intelek, Ululilmi 2010 : Profesionalisme Akademia
Prof. Muhammad Haji Salleh
Sasterawan Negara & Tokoh Anugerah Akademik Negara 2008
Jumaat, 9 Julai 2010, Auditorium Akademi Islam, KUIS.

Tentang Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh

Beliau merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara, iaitu pada tahun 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997.

Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam ,Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College Brinsford Lodge, England. Setelah itu, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di mana beliau mendapat Ph. D.

Kerjayanya bermula sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutor, pensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat beberapa jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa.Beliau juga pernah mencatat sejarah sebagai profesor termuda yang pernah dilantik ke jawatan itu pada tahun 1979 ketika berusia 37 tahun.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Selama 42 tahun, beliau pernah bertugas di USM,UKM dan UM. Malah pernah dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima ‘fellowship’ dari beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, Jepun serta Belanda.

Fokus penulisan beliau ialah puisi dan kritikan sastera dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta membawa sastera Malaysia menyeberang ke benua Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Beliau telah mencetus penubuhan dua pusat kajian Melayu iaitu di Universiti Islam Riau dan Universiti Jambi. Sajak dan kritikan sastera beliau diterjemah ke dalam 12 bahasa termasuk bahasa Belanda, China, Denmark, Ibrani, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Rusia, Sepanyol, Thai , Vietnam ,Portugis dan Perancis. Teks sastera klasik yang dikajinya ialah Hikayat Isma Yatim, Sulalat-as-Salatin dan Hikayat Hang Tuah dan lain-lain yang menonjolkan jati diri Melayu.

Profesor Dr Muhammad telah menghasilkan 15 koleksi puisi, 5 buah antologi sastera Malaysia dan 12 buku kritikan/teori dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hasil terjemahannya termasuklah 11 buku bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Haji_Salleh)

Ulasan

Artikel ini berdasarkan ulasan peribadi saya daripada Bicara Intelek Prof. Muhammad Haji Salleh tentang Profesionalisme Akademia yang dianjurkan R&D KUIS pada awal Julai lalu. Saya bercadang menyegerakan penulisan ini bimbang saya terlupa, selepas seminggu bergelut dengan pelbagai hal taktikal, sempat juga saya mengimbau berdasarkan sedikit catatan yang telah dibuat.

Secara peribadi saya amat mengagumi golongan ilmuan yang punyai keperibadian unggul.

Golongan ilmuan pernah disebut oleh Rasulullah SAW seumpama bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan bagi menerangi kegelapan di darat dan di lautan:

"Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini adalah seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk bagi menerangi kegelapan samada di darat atau di lautan. Apabila ia terbenam atau hilang, dikhuatiri akan hilang arah petunjuk."
(http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=102&Itemid=1)

Haruman ilmuan ini mekar di pagi Jumaat yang mulia itu dengan senyuman yang mesra dan penampilannya yang saya nampak seperti kebapaan / fatherly sangat jelas.

Beliau memulakan dengan salam dan memuji persekitaran KUIS yang sangat cantik khususnya landskap tasik yang tenang dan damai lantas memaklumkan bahawa tidak banyak universiti di dunia mempunyai kelebihan seperti KUIS. Justeru beliau menyarankan supaya seluruh warga memanfaatkan suasana yang kondusif ini untuk kebaikan kerana pada beliau, insan yang belajar dan mengintegrasikan ilmu dan alam akan memaksimakan manfaat. Terus saya teringatkan majalah solusi isu 20 yang menyebut Alam sebagai sekolah insan!

“Sesungguhnya kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakan, tetapi manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil” (surah al-Ahzab 33:72)

Nikmat menghayati taman ilmu terasa menyerap! Bertuahnya pagi itu saya rasa walaupun kehadiran di majlis itu hanya secara kebetulan dan tidak dirancang! Pastinya Allah telah mengaturkannya, Alhamdulillah.

Prof. membuka bicara dengan menyorot minda hadirin dengan pertanyaan;

“siapa tahu tentang perkembangan terawal universiti Islam yang menawarkan sijil?”

Lantas hadirin memberikan pelbagai respon. Kata prof, terdapat lebih 859 institusi sedemikian yang telah wujud. Perkembangan paling hampir di Nusantara ialah di Palembang yang menerapkan ajaran Budhha.

Prof. bertanya lagi tentang ranking universiti di dunia, prof juga yang menghuraikan antara top ranking adalah Havard, Cambridge, Berkley, Prinston dan lain-lain. Prof menceritakan pengalaman suasana sesebuah universiti semasa beliau menjadi fellow di Michigan, Havard dan Kyoto. Kata beliau, di sana, BUDAYA pentingkan ilmu amat dititikberatkan, antaranya di Jerman dan Jepun. Di Malaysia kata prof. budaya kapitalisme dan budaya politik lebih dominan berbanding budaya ilmu dan budaya Islam!

Teringat saya petikan artikel Prof. Dr. Sidek Baba yang memetik kata-kata Muhammad Abduh seorang sarjana Islam dari Mesir;

“Aku bertemu Islam di Amarika tetapi bukan orang Muslim. Di Mesir aku bertemu ramai orang Muslim tetapi bukan Islamnya” (Solusi, isu 20).

Secara kebetulan, saya sedang menjalankan kajian PhD berkaitan tajuk BUDAYA memandangkan bidang pengkhususan saya adalah Sosiologi. Justeru, dalam kontek ini saya amat bersetuju dengan prof. bahawa budaya adalah faktor penentu halatuju dan kecapaian!

Prof memberi penilaian ringkas tentang ukuran pembudayaan ilmu di negara kita dengan prestasi jualan buku-buku, kedapatan buku-buku ilmiah di pasaran dan tabiat membaca! Sistem pendidikan kita yang materi / materialisme secara asas hanya menggalakkan hafalan dan tidak mencambah serta membawa internalisasi ilmu yang mendalam. Kita hanya sekadar mengejar gred yang bagus tanpa pengisian ilmu dan keilmuan!

Bicara menarik prof kian bermula dan saya sekadar berjaya mencernakan beberapa poin berdasarkan pemahaman saya terhadap cadangan prof tentang BUDAYA yang dapat memangkin profesionalisme akademia, antaranya:

1- Budaya tabiat dan sumber

Prof mencadangkan supaya mengubah attitude dan minda yang selama ini membawa budaya kerahan! kita mempunyai keterbatasan tabiat yang positif dan mempunyai keterbatasan sumber. Justeru prof mencadangkan supaya dibudayakan tabiat membaca, cambahan ilmu, mewujudkan niche baharu, bicara ilmu dan jurnalisme.

2- Budaya perbincangan

Digalakkan terlibat secara langsung atau tidak dalam membudayakan tabiat perbincangan ilmiah samada dalam bentuk diskusi individu, kelompok atau khalayak. Diskusi isu, buku, penulis, tokoh dan sebagainya adalah antara contoh budaya perbincangan yang boleh direalisasikan.

3- Budaya penyelidikan

Budaya menyelidik perlu diberi fokus secara kualiti dan kuantiti. Budaya membeli, membaca dan strategi blue ocean dapat memangkin budaya penyelidikan. Prof. menyarankan supaya tidak hanya menunggu bajet atau peruntukan besar untuk membuat penyelidikan, tetapi keikhlasan dan kesungguhan untuk menjana niche baharu untuk kepentingan bersama.

Cantik bukan? Saya terfikir yang ada pihak mengkapitaliskan akademik! Mempolitikkan akademik dan pelbagai rencam keperluan, namun pada saya biarlah budaya akademik itu kekal dengan imej dan etika tersendiri.

prof turut berkongsi pengalaman beliau bahawa beliau tidak melakukan penyelidikan untuk mendapatkan gelaran dan pangkat! Tetapi keikhlasan dan kesungguhan! Perlu diingatkan, prof telah dianugerahkan Sasterawan Negara dan Tokoh anugerah Akademik negara 2008! Marilah meneladani keikhlasan dan kesungguhan beliau!

4- Budaya Ketekunan

Budaya ini diulang berkali-kali, lagi dan lagi oleh prof. manggambarkan bahawa ketekunan ini mengatasi segalanya! Saya tertarik dengan saranan prof tentang peribadi ilmuan!

a- Menyendiri
b- Kurangkan kawan
c- Kurangkan strategi popular
d- Hidup dalam kesederhanaan

Akhir bicara prof menyarankan para akademia memegang lima prinsip akademia profesional dan menyokong rancangan KUIS untuk mewujudkan anugerah pencapaian akademik mencakupi elemen:

a- Bertemankan buku
b- Jurnalisme
c- Pengajaran & pembelajaran (p&p)
d- Inovasi
e- Komersil

Semoga ia dapat mencambahkan jiwa profesionalisme akademia. Pertemuan singkat itu berakhir dengan saranan prof supaya JANGAN SEKADAR MENJADI DAYANG ILMU! Jadikan dunia ini sebagai kampus.

Perhatian:

Huraian dicatatkan hanya berdasarkan pemahaman peribadi saya terhadap bicara intelek prof. jika terdapat salah fakta dan sebagainya saya mohon maaf. Niat saya hanya sekadar memanjangkan apa yang baik dan berkongsi maklumat serta pengalaman Ybhg Prof. Klarifikasi mungkin boleh dirujuk kepada prof sendiri melalui http://www.muhammadhajisalleh.com/. Navigasi tentang prof di internet amat mengagumkan!

Moga roh ilmuan Ybhg. Prof dapat menginspirasikan kita bersama. Amin!

The Teller of Tales

This is a small, straight tale
that is not gathered from history's fragments
or picked from backstage events.
this fine universe
is like the mushroom. growing
from freedom and darkness of the soul,
where a drop of rain becomes a world.
what may i add
are mere brittle branches of anxiety
shoots and blossoms of words
- his is the story's tree
wrapped round its meaning.

Muhammad Haji Salleh
http://www.point-editions.com/poets/sall.html

Comments

  1. Tahniah sis!I like this the most!teruskan berkongsi ilmu:)

    ReplyDelete
  2. salam
    thank you so much for the aspiration:)
    bagus jgk ada blog, harap dapat dimanfaatkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..