Bila iman melukis




Imanku sibuk menjelajah ke segenap ruang pejabatku yang ternyata terdapat banyak bahan-bahan yang menjadi kegemarannya. Alatulis, buku-buku, majalah, pc, mini pantry dan sampel kuih raya (pemberian sahabat untuk promosi).

Dimohon dengan mama,”iman nak makan kuih raya ni boleh mama?”. Asal tidak mengganggu kerjaku yang belum disiapkan, mama iakan saja. Terdetik di hati,”memang silap membawa iman ke pejabat, walaupun sedang cuti belajar, tetapi pejabat bukan untuk kanak-kanak seperti iman”.

Habis kuih dimakan iman. Mama on pc dan putarkan kartun Ogy and the Cockroaches, sempat iman duduk dan menonton selama 5 minit dan karenahnya mula tidak terkawal.”cuba iman lukis abah, mama, iman dan adik” sambil kuhulurkan sekeping kertas A4 dan magic ink. Pantas iman tersenyum dan mula aktiviti seperti permintaaan mama. Aku tersenyum, nah, Berjaya juga ku tenteramkan iman! Seminit berlalu anggapanku meleset kerana iman bukan sahaja melukis malah turut mengulas apa yang dilukisnya!cepat-cepat aku habiskan kerja sekadarnya dan shut down laptop mini di depanku.

“apa yang iman lukis ni” sambil aku membelek lukisan iman, nak tergelak pun ada. Pernah melihat satu program yang menyarankan aktiviti melukis sebagai mencambahkan kreativiti kanak-kanak.betul juga bisik hatiku. Iman kelihatan “enjoy” dengan aktiviti melukis malah tidak cukup dengan sehelai kertas!dimintanya lagi kertas A4.”satu kan dah cukup”kataku. “banyak iman nak lukis ni, mana cukup satu kertas mama”. Rupanya iman bukan sahaja melukis keluarga kami sahaja malah menyertakan tok, tok wan, sepupu malah semua emak dan bapa saudaranya dalam lukisan!”sudah pandai tentang social role budak ni” getus hati kecilku.

Kulayan sebentar lukisan iman..sedangkan semacam sedar dalam diri yang selama ini jarang kuperuntukkan masa untuk melayan imanku ini.


“Ini abah, ini mama, iman, adik dan tok Langkawi, tok shah alam, acik….”kata iman menghuraikan lukisannya. Sebagai mama yang berlatar belakang pendidikan seni dan sastera, jika mama ini seorang guru lukisan, pasti lukisan iman ini akan ku gredkan “c” (sekadar ambil hati dan lambang seorang cikgu yang strict). Tapi bila mendengar penjelasan iman tentang isi lukisannya, seakan ada jiwa pada kertas kosong lakaran imanku ini…ohhhh

Kufikir mungkin secara kebetulan iman memilih magic ink biru untuk abah, pink untuk mama dan adik dan oren untuk lukisan dirinya. Tapi mungkin dia juga sudah peka dengan warna mengikut jantina,sejak bila?oh, sungguh aku terpukul sendiri. Getus hati kecilku, “tula dulu masa study subjek child psychology tak pernah ambil berat, sekadar untuk lulus periksa, nah!sekarang anak di depan mata, mana pergi psychology tu?”

“ni abah, abah baik, ni mama, gaaaarang sangat!”. Iman memang labelkan mama seperti kak Rose dalam cerita Upin & Ipin yang mempunyai character garang!tersenyum sendiri mama. Memang mama begitu, walau mulut mama bising, tapi hati mama baik!untuk Imanku ini, memang terasa juga asyik memarahi Iman, mungkin expectation tinggi kepada Iman yang berumur 3 tahun sebagai anak sulung menjadikan mama sedemikian.


Sambil membelek lukisan iman, seakan cuba memahami, iman tersenyum gembira. Mama ambil hand phone dan ambil gambar lukisan iman. Tersenyum lagi kulihat imej mama pada lukisan Iman agak besar berbanding imej-imej lain pada lukisan itu. Memang mama besar ye Iman? "Iyela!" kata Iman pasti!

Tiba di rumah, Kutunjukkan lukisan tersebut kepada abah iman, tersenyum senget abah! Kuceritakan pada abah yang lukisan iman itu sangat kelakar padaku, Cuma selepas navigasi mudah di internet tentang a child drawing, rupa-rupanya tahap perkembangan iman memang normal untuk kanak-kanak sepertinya.


Untuk iman yang berumur 3-4 tahun, ia dipanggil the preschematic stage.

-First conscious creation of form occurs around age three and provides a tangible record of the child's thinking process.
-The first representational attempt is a person, usually with circle for head and two vertical lines for legs.
-Later other forms develop, clearly recognizable and often quite complex. Children continually search for new concepts so symbols constantly change
http://www.learningdesign.com/Portfolio/DrawDev/kiddrawing.html

karenah iman melukis sambil bercerita pula rupanya disebut drawing-telling.

Young children are meaning-makers par excellence. They use many signs to create meaning and to represent reality within the medium of drawing-telling. Their artistic communication involves a combination of both verbal and non-verbal texts, such as artworks which incorporate narration, music that has lyrics, or dance which includes expressive vocalisation. So, in a broad sense, such texts are an 'assemblage of signs' (Chandler, 2002, p. 3).

Drawing-telling gives children the opportunity to create and share meaning using two modes, which embrace distinctive features in the following ways:
(a) non-verbal: graphic depiction (stemming from imagery and visual-spatial memory); bodily-kinaesthetic communication through enaction and expressive gesture (stemming from motor memory)

(b) verbal: telling the drawing (talking about the drawing's characters, objects, events, sequencings, graphic details or other relevant characteristics, which often includes onomatopoeia [i.e. the use of a word or vocal imitation of the thing or action designated]).

Such crossover of modes increases children's capacity to use many forms of representational thinking and to mentally manipulate and organise images, ideas and feelings. As Cox (2005) describes it:

talk and drawing interact with each other as parallel and mutually transformative processes. Sometimes the talk feeds into the drawing with the verbalized intention being transformed into drawing. Sometimes the drawing feeds into talk; the drawing intention is transformed into talk. Sometimes these processes are apparently concurrent. (p. 123)

Saya tertarik dengan cadangan penulis artikel tentang child drawing-telling ini:
we must be receptive to the child's drawing processesĆ¢€”what he or she is trying to do. This does not mean attending to just the graphic strategies and skills the child uses when drawing, or the resulting end-product. Instead, focus should be upon the processes of the activityĆ¢€”the independent and interfaced components of the graphic, narrative and embodied dimensions of the child's experience. These dimensions should also include the context in which the drawing occurred, and other aspects that may be linked to the drawing: social activities, personal experiences or intertextual influences such as TV, films, comic books or computer games.

Nonetheless, it must be acknowledged that, whether the adult is simply observing or actively engaging with the child during the drawing process, the very presence of an adult serves as a form of facilitation. The observer can protract (or perhaps even thwart) the process. Consequently, dialogue between adult and child must be sensitively considered.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud;

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini memberi maksud seperti pepatah lama Melayu di atas iaitu ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’. Ini bermakna tugas ibu bapa bukan sahaja mendidik diri sendiri menjadi manusia yang baik, malah mendidik anak sejak di dalam kandungan sehingga ia lahir ke dunia. http://www.yadim.org.my

Dengan hanya aktiviti iman melukis, ia telah membuka hijab ego mama. Dapat dikesan kelekaan mama pada iman dan dunianya.

Anak-anak seperti Iman umpama kain putih. Ibu bapa adalah pencoraknya. Apabila anak-anak dewasa, mereka akan cuba mengubah atau menokok tambah corak yang telah dilakarkan. Jika corak yang dilukis sedari awal oleh ibu bapa merupakan corak kelekaan, maka apabila si anak dewasa, corak kelekaan itu akan merugikan anak-anak kecuali anak tersebut bijak berfikir dan mencorakkan sendiri kehidupan mereka dengan corak yang bermakna.

Ya Allah, moga mama dapat mencorak diri Iman dengan corak yang bermakna disulami dengan iman dan akal yang utuh. Semoga generasi yang terlahir dan membesar kelak adalah generasi yang bermakna dan bermanfaat untuk bangsa dan agama.





I looked on child rearing not only as a work of love and duty but as a profession that was fully as interesting and challenging as any honorable profession in the world, and one that demanded the best I could bring to it

Rose kennedy, on second skin: Chicken Soup for the woman’s soul.

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..