Posts

Showing posts from July, 2010

Kek lapis Sarawak Istimewa

Image
Kek Lapis Tembikai Perisa honeydew



Bab berniaga saya memang tidak ada bakat, sebagai pembeli dan pengguna memang berbakat selalu.

Tetapi kesempatan menjemput Maksu dari Airport membawa kepada pemberian 2 biji kek Lapis Sarawak yang sedap.

Esoknya Maksu beri lagi sampel Kek lapis Sarawak untuk dicuba. memang sedap!

rupanya maksu ke Sarawak untuk mencari bahan-bahan membuat kek Lapis Sarawak!jadi kek ini sudah jadi kek Lapis Sarawak yang dibuat di Semenenjung!tentu harganya menarik bukan?sebab kos shipping telah dikurangkan.


Kek Lapis Sarawak merupakan tradisi warga Sarawak yang diwarisi secara turun temurun. Untuk menghasilkan Kek Lapis Sarawak ia perlu melalui proses manual yang amat teliti, rumit dan memakan masa. Disebabkan itu, Kek Lapis Sarawak dapat disimpan dengan lama.

Kesabaran dan kesenian tinggi akan menghasilkan Kek Lapis Sarawak yang begitu menarik dalam kepelbagaian corak, rasa dan saiz.

Kini Kek Lapis Sarawak mula dihidangakn pada hari – hari perayaan besar di Malaysia…

Ketika Cinta Bertasbih

Image
Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Fried banana bullet with anchovies

Image
Indahnya satu memori.Tergelak di hati kecil mengenangkan kata-kata seorang sahabat “kalau nak Nampak standard, letak je dalam bahasa omputih, bunyi tentu best” kata sahabat saya sambil menjamah cekodok pisang yang dipanggilnya banana nugget!gelihati juga mengenangkan saat-saat manis di kampus dulu kala. Bila difikirkan betul juga gurauan sahabat saya tu. Bayangkan air kosong yang mungkin tidaklah selazat sirap umpamanya bila di sebut sky juice macam sedap bukan?tapi apa ada pada nama, Bahasa Jiwa Bangsa!


Resepi di atas sekadar gimik dan berupa satu imbasan nostalgia sekelumit perjalanan hidup saya yang lalu. Resepi ini juga adalah warisan bonda, maklumlah, orang kampung, kaya dengan tanaman kontan di sekeliling rumah. Pastinya menjadi kegemaran kami sekeluarga. Bila ada keluarga dan rumah sendiri, suami menanam pisang pada tanah sekangkang kera di belakang rumah (terima kasih kepada YBhg Ustaz Sapie yang bersusah payah memberikan kami benih pisang yang dibawa dengan kereta kancil puti…

Bila iman melukis

Image
Imanku sibuk menjelajah ke segenap ruang pejabatku yang ternyata terdapat banyak bahan-bahan yang menjadi kegemarannya. Alatulis, buku-buku, majalah, pc, mini pantry dan sampel kuih raya (pemberian sahabat untuk promosi).

Dimohon dengan mama,”iman nak makan kuih raya ni boleh mama?”. Asal tidak mengganggu kerjaku yang belum disiapkan, mama iakan saja. Terdetik di hati,”memang silap membawa iman ke pejabat, walaupun sedang cuti belajar, tetapi pejabat bukan untuk kanak-kanak seperti iman”.

Habis kuih dimakan iman. Mama on pc dan putarkan kartun Ogy and the Cockroaches, sempat iman duduk dan menonton selama 5 minit dan karenahnya mula tidak terkawal.”cuba iman lukis abah, mama, iman dan adik” sambil kuhulurkan sekeping kertas A4 dan magic ink. Pantas iman tersenyum dan mula aktiviti seperti permintaaan mama. Aku tersenyum, nah, Berjaya juga ku tenteramkan iman! Seminit berlalu anggapanku meleset kerana iman bukan sahaja melukis malah turut mengulas apa yang dilukisnya!cepat-cepat aku h…

Kamalodge Taiping, Perak, Malaysia

Image
Lagi lagi Taiping!

Entah mengapa kami sekeluarga tertarik dengan Taiping selepas kunjungan pertama lagi
bagi yang biasa ke Taiping, di sini best jalan - jalan sekitar. sungguh nostalgia, damai dan hijau!
asalnya kami terjumpa kamalodge secara tak sengaja bila round-round sekitar
nampak macam best...
Kesempatan bersama keluarga, ibu mertua, ipar duai dan anak-anak membawa ke Kamalodge suatu hari..
bilik penginapan ala rumahnya selesa, infra bagus dan yang best
dapat mandi-manda terutamanya ayah budak dan budak-budak. suasan kamalodge ni amat tenang dan bersahaja dan amat privasi.


aktiviti petang,
pastinya kami ke Kuala sepetang!
makan mee udang!
pastinya lagi dan lagi akan datang!

Kamalodge Taiping
7, Lot 4584
Jalan Bukit Larut
34000 Taiping
Perak, Malaysia
tel: 05-806 1777 / 2777
fax: 05-806 2000
nice and sweet Kamalodge
having fun @ kamalodge
iman is having "peace" at Kamalodge

surayya Enjoys the so called short holiday
(mommy loves those trees by the lake side)

mee udang kuala sep…

Fadhilat Syaaban & Nisfunya

Image
Sabda Nabi S.A.W
Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.'

Sabda Nabi s.a.w. : 'Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya,
kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku
atas kamu.'

Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud.

Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan
Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya
kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan
Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari qiamat, dan diwajibkan
syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada
Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga.

Berkata Siti Aisyah r.a. :-
Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasul…

Prof. Muhammad Haji Salleh Sasterawan Negara & Tokoh Anugerah Akademik Negara 2008

Image
Oleh: Rosfazila Abd. Rahman

Bicara Intelek, Ululilmi 2010 : Profesionalisme Akademia
Prof. Muhammad Haji Salleh
Sasterawan Negara & Tokoh Anugerah Akademik Negara 2008
Jumaat, 9 Julai 2010, Auditorium Akademi Islam, KUIS.

Tentang Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh

Beliau merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara, iaitu pada tahun 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997.

Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam ,Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College Brinsford Lodge, England. Setelah itu, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di mana beliau mendapat Ph. D.

Kerjayanya bermula sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan kemudiannya meneruskan perkh…

my academic side

Image
MODAL INSAN BERKUALITI : MINDA KELAS PERTAMA
oleh:
Rosfazila Binti Abd.Rahman, Akademi Islam, KUIS.
Abdul Razif Bin Zaini, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, KUIS.

Kajian ini telah dibentangkan di;
SEMINAR PENGURUSAN SUMBER INSAN DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM
PERINGKAT KEBANGSAAN 2010
Ke arah Integrasi Pengurusan Sumber Insan
24 Jun 2010, KUIS.


Abstrak:
Modal insan berkualiti adalah satu keperluan dan bukan lagi kemewahan dalam kontek global dan lokal. Pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran adalah cabaran utama setiap warga. Justeru, pembentukan minda kelas pertama adalah agenda penting negara ke arah sebuah negara yang maju material dan bukan material. Kajian adalah tinjauan awal berkaitan konsep minda kelas pertama. Kriteria dan piawaian umum konsep dinyatakan. Tinjauan awal berbentuk soal selidik diolah berdasarkan konsep dan kriteria piawaian. Tinjauan dibuat dalam mengenalpasti dan menentukan kategori “kelas minda” 40 responden yang dipilih rawak.


PENDAHULUAN
Agenda pemban…

hakikat sebuah hari jadi...

Image
3 Julai 2010
kerapkali diri seakan menunggu yang tersayang mengucapkan
..selamat hari jadi!
dan mengimpikan hadiah misteri..
buat jamuan untuk handai taulan,
potong kek, tiup lilin
tiup belon, dapat kucupan anak-anak
apa yang lebih bererti?

tapi pada 33 tahun kehidupan ini
terasa sedikit nostalgia
ada yang berkata..
kita mungkin akan pergi pada hari kita dilahirkan..
seperti Rasulullah!
tak terbanding diriku dengan Baginda SAW
langsung tidak layak dibandingkan
tapi disitu Allah telah tetapkan kudrat insan

tidak mengimpikan hadiah hebat-hebat kali ini
cukuplah dengan doa untuk ku harungi kehidupan ini dengan redhoMu ya Allah
buatku cemerlang di dunia dan akhiratMU

terbaca panduan meniti usia di satu blog..

Islam meletakkan garis panduan umur seseorang Islam mengikut tahap2 berikut;

1) Mumaiyiz
Tahap dimana seorang kanak2 sudah boleh membezakan baik & buruk. Dan setiap insan berbeza dari segi umur mumaiyiz nya. Mereka ini jika berbuat salah tidak berdosa & jika berbuat baik tiada pahala, ibubapa yang…