5 sebelum 5

sehingga pos ini ditulis, masa mengakhiri bulan JUN!
pantas masa berlalu,
sedang saya masih mengejar dan dikejar
urusan dunia yang belum selesai...

sudah 15hb Rejab 1431 H
Syaaban bakal menjelma
dan Ramadhan bakal tiba

sejenak saya tiba tiba terfikir tentang 5ebelum 5
seawal mengetahui akan Hadis ini
tidak terfikir semacam saya fikir sekarang
terasa dekat dengan hati!
bila direnungkan..


“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain,iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Allah berfirman:

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. QS 103.1

Alhamdulillah, diri belum leka dengan amanahMu ya Allah
Pandulah daku
lindungilah daku
berkatilah hidupku
sungguh syukurku pada segala rahmatMU
tumpah kasihku padaMU ya Allah

Alhamdulillah!
Allahu Akbar!

kusyukuri rahmatMu ini...




permata hati

penawar dukaku

Comments

  1. Salam.sis,wow i like this new design!ramai teman blogger I pilih ni,so that i x pilih:)hihihi.

    U dah buat slideshow la....bestnyer...makin meronta2 nak ke langkawi itu:)

    I like:)n luv it!

    ReplyDelete
  2. salam,i scroll tgk design template, yg ni je rasa seswai,,,hiii,so i ni among d majority taste la kan,,dats gud..

    slideshow?mmg dah ada...jomla ke langkawi

    thnx for visiting!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..