sivik tak ada, akhlaq jauh sekali


time sekolah dulu-dulu pelajar Melayu-Muslim ada subjek Pengajian Islam dan pelajar bukan Muslim ada subjek pendidikan moral.Asasnya kedua-dua subjek memfokuskan penerapan sahsiah yang baik hatta Pendidikan Islam lebih komprehensif dari segi ketertinggiannya.pada saya manusia dalam apa juga kategori, insan, orang dan sebagainya secara alami, semulajadi dan fitrahnya adalah baik. justeru berlaku baik adalah fitrah kita dan berlaku tidak baik / jahat pula adalah menyimpang dari fitrah dan tidak normal/ abnormal mengikut terma psikologinya.

sekadar menilai situasi hari-hari yang biasa, tanpa melihat kategori individu dari segi demografi, latarbelakang, tahap pendidikan dan sebagainya, saya anggap kemampuan untuk membuat perkara-perkara seperti senyum, ucap salam,bercakap dengan baik, hormati orang lebih tua, ucap terima kasih, buang sampah dalam tong sampah adalah antara perkara common sense!

tapi persoalannya, mengapa kita masih gagal melaksanakan perkara yang hanya common sense ini!adakah kita terlalu complicated?terlalu educated?atau macamana?

kata pensyarah saya, internalization kurang dalam proses sosialisasi (sekadar menyebut sedikit dari syarahan subjek sosiologi).

belum lagi bercerita tentang biah Islamiah, dosa dan pahala...kepentingan akhlaq yang baik sebagai kunci hidup muslim,,,hati bersih, niat baik....jauh lagi rasanya

teringat ada satu kempen dulu kala mengatakan ' kesedaran sivik bermula di rumah'.apa sebenarnya yang dah terjadi di rumah-rumah kita?

saya bingung!untuk mudah, sebenarnya kita makin tenat jika perkara2 common sense pun tidak dapat dilakukan secara sukarela...

bersambung

Comments

  1. a good start!hm....I like this and seeking 4 more!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..