sepetang di Kuala Sepetang






Ada Taiping, ada segalanya..
Kesempatan ikut suami meeting di Ipoh membawa kami sekeluarga bermalam di Taiping
Bermalam di Seri Malaysia meredakan penat seharian
Breakfast dengan cekodok old fashion ok jugak
Iman dan surayya mandi kolam dengan abahnya sebelum kami bertolak jalan-jalan di Taiping
Suami nak survey Taiping Golf Resort untuk program Alumni Kelicap
Kerana signboard yang kurang mesra, jalan ke sana tidak kami jumpa
Hingga akhirnya…..jumpa terselit di kaki bukit, tp cantik tempatnya
Taiping ni sedap mata memandang, hijau, ada zoo, air terjun dan macam2
Sesuai dengan kami yang kurang gemarkan hectic kota!
Kata suami, jom pekena MEE BANJIR UDANG!KUALA SEPETANG!
Sebelum tu, kami dah surf internet
Macam-macam diperkata
Signboard memang akan menunjukkan arah yang sungguh mesra
Tak sampai ½ jam kami dah menyusuri jalan lurus ke Kuala Sepetang
Terus ke Kuala rupanya ada komuniti Cina
Gerai Mee Udang kak Jah Cuma ada di tepi jalan utama
Gerai lain tak Nampak pulak beroperasinya
Ramai juga pelanggan lain yang singgah
Just nice dengan waktu lunch, kami order satu set mee goreng special dan mee udang banjir
Ada komen di blog kata tak sedap mee di sini (Cuma glamer lebih sebab masuk tv3)
Tapi deria rasa kita ni subjektif, mee kak jah ni kena dengan selera kami!
Kalau ratingnya menggunakan 5 udang (instead of 5 bintang!) kami berikan 6!
Belum sempat habis meratah udang disebalik mee, dan pelanggan kian beransur pulang,
kami order lagi udang goreng tepung!
Mungkin adik yang ambil order tu tergelak dengan gelagat kami makan udang beria-ia!
Berbaloi!special punyer baru RM 12, kalau regular baru RM6-7.berbaloi-baloi!
Owner kedai sampai Tanya kami dari mana?
Dari sepang!kata Iman.nasib baik dia tak kata dari Langkawi!kalau tak, buat malu ja orang pulau makan udang macam tak pernah jumpa!
Apapun,,Kami pasti datang lagi!

tagline:Apabila mee lebih mahal dari udang!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..