hantaran Risik hati Ein






1 hb mei 2010 telah disepakati
keluarga Langkawi membawa hasrat
11 30 pagi waktu dijanji
kami datang membawa hajat

bersama keluarga bingkisan dibawa
3 raga buahan manisan
buat peneman hati sang jejaka
untuk si manis yg jadi idaman

3 kereta kami kunjungi
kenari, elantra juga exora
ke Kinrara kami hampiri
kini debaran kian terasa

disambut mesra juga dipersila
sungguh santun si tuan rumah
pemanis mulut dihidang tanda menyapa
air punch merungkai gundah

anggur, blackcurent tembikai juga
sikecil teruja dengan manisan
kunjungan terpesona rumah selesa
sungguh cantik dengan hiasan

hidangan utama telah disaji
nasi, sup, rendang udang juga ayam
kerabu, masak asam menambat hati
tambah selera dengan sambal dan ulam

lagi disaji dengan manisan
jelly, kuih lapis, kopi dan teh
puding caremel menambat perasaan
rombongan merasa tak kenal letih!

dengan senyum kata dimula
dengan mula hasrat disulam
dengan sulam janji diperkata
dengan kata meriahnya berbalam

majlis merisik selesai sudah
manisan haruman jadi iringan
hati teruna hilangnya gundah
bunga cantik jadi dampingan

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..