cuti-cuti Bukit Fraser






alahai...
lama tidak bercuti
bersama keluarga dinanti

bila semua sudah berkumpul
ke Bukit Fraser hasrat termakbul

selepas selesai hajat di Puchong
bersama hantaran kami berkunjung
bukit didaki sekonyong-konyong
kepala yang pening menjadi bingung!

menuju puncak idaman hati
tiba disana malam menanti
BBQ ikan dari Langkawi
juga hantaran dari keluarga Nini

aktiviti malam tidaklah banyak
tidak sesejuk waktu dipuncak
sungguh girang hati kanak-kanak
berlari-lari riuh rendah menikam benak

waktu tgh malam sungguh bening
namun bunyi atas bumbung bikin pening
anak menangis dek kerana dingin
atau mungkin sebab makhluq lain????

pagi tiba jua
bersarapan dengan voucher
jamah-jamah ala kadar aje
terus beredar hirup udara

ambil gambar di tugu "Bukit Fraser"
maknanya kami dah sampai sini ler
suasana tak sejuk sangatnyer
sekadar tgk tempat orang boleh ler..

ke Allan's water la pulak
cantik sungguh air bergolak
nak naik water bicycle ramai Q la pulak
bergambar ala kadar terus kami bertolak

bila turun dari puncak
hati kepala makin bergolak
sofea dan ifa khabarnya tertolak (muntah)
mak ngah pun pening la jugak...huuuu

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..