Posts

Showing posts from May, 2010

Nasi Ayam Gemas

Image
May 2010 melabuhkan tirainya

Rupanya bila tengok post May memang banyak tentang jalan-jalan
Jadi, saya akhiri post May tahun ini dengan program jalan-jalan jugak walau sebenarnya banyak juga post lain yang menanti. Lagipun sudah agak lama saya berniat nak post di blog tapi belum berkesempatan. Nah post kali ini tentang NASI AYAM GEMAS (NAG).

Mentang-mentang dah jadi orang N9 sebab rumah di sempadan N9- Selangor, jadi setakat Seremban tu dah jadi tempat kami bermain. Kebetulan kami sekeluarga memang mencari-cari nasi ayam yang sedap. Bila ke HSBC Seremban rupanya ada outlet NAG disitu dengan nasi ayam yang sedap, murah dan bersih tempatnya…apo laie, jomler, NAG sooodap!favourite kami, nasi ayam kukus, sup kaki ayam dan air barli yang menyegarkan!



sedapnye...



murah pulak tu..






Best kata Surayya

sepetang di Kuala Sepetang

Image
Ada Taiping, ada segalanya..
Kesempatan ikut suami meeting di Ipoh membawa kami sekeluarga bermalam di Taiping
Bermalam di Seri Malaysia meredakan penat seharian
Breakfast dengan cekodok old fashion ok jugak
Iman dan surayya mandi kolam dengan abahnya sebelum kami bertolak jalan-jalan di Taiping
Suami nak survey Taiping Golf Resort untuk program Alumni Kelicap
Kerana signboard yang kurang mesra, jalan ke sana tidak kami jumpa
Hingga akhirnya…..jumpa terselit di kaki bukit, tp cantik tempatnya
Taiping ni sedap mata memandang, hijau, ada zoo, air terjun dan macam2
Sesuai dengan kami yang kurang gemarkan hectic kota!
Kata suami, jom pekena MEE BANJIR UDANG!KUALA SEPETANG!
Sebelum tu, kami dah surf internet
Macam-macam diperkata
Signboard memang akan menunjukkan arah yang sungguh mesra
Tak sampai ½ jam kami dah menyusuri jalan lurus ke Kuala Sepetang
Terus ke Kuala rupanya ada komuniti Cina
Gerai Mee Udang kak Jah Cuma ada di tepi jalan utama
Gerai lain tak Nampak pulak beroperasinya
Ramai juga pelanggan l…

sivik tak ada, akhlaq jauh sekali

Image
time sekolah dulu-dulu pelajar Melayu-Muslim ada subjek Pengajian Islam dan pelajar bukan Muslim ada subjek pendidikan moral.Asasnya kedua-dua subjek memfokuskan penerapan sahsiah yang baik hatta Pendidikan Islam lebih komprehensif dari segi ketertinggiannya.pada saya manusia dalam apa juga kategori, insan, orang dan sebagainya secara alami, semulajadi dan fitrahnya adalah baik. justeru berlaku baik adalah fitrah kita dan berlaku tidak baik / jahat pula adalah menyimpang dari fitrah dan tidak normal/ abnormal mengikut terma psikologinya.

sekadar menilai situasi hari-hari yang biasa, tanpa melihat kategori individu dari segi demografi, latarbelakang, tahap pendidikan dan sebagainya, saya anggap kemampuan untuk membuat perkara-perkara seperti senyum, ucap salam,bercakap dengan baik, hormati orang lebih tua, ucap terima kasih, buang sampah dalam tong sampah adalah antara perkara common sense!

tapi persoalannya, mengapa kita masih gagal melaksanakan perkara yang hanya common sense ini!adak…

Selamat Hari Ibu BONDA

Image
Bonda

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda

Artist: M Nasir
http://www.ilirik.com/m_nasir_--_bonda.html

cuti-cuti Bukit Fraser

Image
alahai...
lama tidak bercuti
bersama keluarga dinanti

bila semua sudah berkumpul
ke Bukit Fraser hasrat termakbul

selepas selesai hajat di Puchong
bersama hantaran kami berkunjung
bukit didaki sekonyong-konyong
kepala yang pening menjadi bingung!

menuju puncak idaman hati
tiba disana malam menanti
BBQ ikan dari Langkawi
juga hantaran dari keluarga Nini

aktiviti malam tidaklah banyak
tidak sesejuk waktu dipuncak
sungguh girang hati kanak-kanak
berlari-lari riuh rendah menikam benak

waktu tgh malam sungguh bening
namun bunyi atas bumbung bikin pening
anak menangis dek kerana dingin
atau mungkin sebab makhluq lain????

pagi tiba jua
bersarapan dengan voucher
jamah-jamah ala kadar aje
terus beredar hirup udara

ambil gambar di tugu "Bukit Fraser"
maknanya kami dah sampai sini ler
suasana tak sejuk sangatnyer
sekadar tgk tempat orang boleh ler..

ke Allan's water la pulak
cantik sungguh air bergolak
nak naik water bicycle ramai Q la pulak
bergambar ala kadar terus kami bertolak

bila turun dari puncak
hati kepala…

cincin risik

Image
jambangan lily dan mawar merah
menjadi peneman dodol manisan
dragon, plum, epal aneka buah
kek & kuih kemboja pelengkap hidangan

cincin risik oh cincin risik
ein mencari bersungguh-sungguh
hantaran sponsor tak kurang cantik
ke Bukit Fraser dibawa jauh

bonda kinrara bonda Langkawi
menyerah cincin tidak seperti
sekadar membawa nian dihati
harap bahagia kekal abadi

moga kunjungan membawa muhibbah
layanan tuan rumah sungguh meriah
harap panjang umur kuranglah gundah
bertemu lagi kita dimajlis meriah

hantaran Risik hati Ein

Image
1 hb mei 2010 telah disepakati
keluarga Langkawi membawa hasrat
11 30 pagi waktu dijanji
kami datang membawa hajat

bersama keluarga bingkisan dibawa
3 raga buahan manisan
buat peneman hati sang jejaka
untuk si manis yg jadi idaman

3 kereta kami kunjungi
kenari, elantra juga exora
ke Kinrara kami hampiri
kini debaran kian terasa

disambut mesra juga dipersila
sungguh santun si tuan rumah
pemanis mulut dihidang tanda menyapa
air punch merungkai gundah

anggur, blackcurent tembikai juga
sikecil teruja dengan manisan
kunjungan terpesona rumah selesa
sungguh cantik dengan hiasan

hidangan utama telah disaji
nasi, sup, rendang udang juga ayam
kerabu, masak asam menambat hati
tambah selera dengan sambal dan ulam

lagi disaji dengan manisan
jelly, kuih lapis, kopi dan teh
puding caremel menambat perasaan
rombongan merasa tak kenal letih!

dengan senyum kata dimula
dengan mula hasrat disulam
dengan sulam janji diperkata
dengan kata meriahnya berbalam

majlis merisik selesai sudah
manisan haruman jadi iringan
hati teruna hilangnya gu…