los and faun



dalam menjengah rutin kesibukan harian
dengan cuaca yang memberi impak pada kesihatan diri dan keluarga
impak fizikal dan bukan fizikal perlahan-lahan diharungi dengan sabar
anak-anak demam, bapa anak-anak juga demam
alhamdulillah, seorang ibu dan isteri diberi kekuatan untuk mengharungi
demi keceriaan selalu yang diimpi
karenah pelbagai hal, ragam dan suasana dilalui
mengejar ilmu, merai tetamu, rakan-taulan dan pelbagai
tanpa disedari dalam tempoh itu
ada kehilangan yang tidak disedar!
kehilangan wang ringgit bukan sekadar sedikit!
baru disedari ia tiada ditempat sepatutnya
semacam ditampar dari tidur
bertanya adakah rezeki dicari dicuri orang?
lalaikah aku?
asal disimpan buat kegunaan,habis dirembat manusia (??) laknat!
puas menarik nafas, mencari dengan tenang,sah!
rezeki kami dah jadi milik orang!MasyaAllah..
panik, peluh, marah, nak menangis!tidak percaya,rasa bersalah, mana hendak dicari, jika dicari,akan kembali???

ada orang kehilangan
hilang dalam pelbagai erti
sesungguhnya kehilangan boleh nampak seperti wang ringgit nampak hilangnya
mungkin diluar sana
ada kehilangan yang lebih tragis
yang hanya nampak dihati!

susah rupanya hendak menelan erti redho dalam keadaan ini
amat berat rasanya bila material ternampak-nampak di mata

redho dan beringat pada masa depan
sebenarnya tidak akan mengembalikan yang hilang
tapi pasti mendatangkan hikmah dan nikmah masa depan,,InsyaAllah!pasti!

seperti kata seorang rakan di blognya
lihatlah pada sisi yang terlindung...pada erti kehilangan materi ini

los hanya di dunia
moga kita faun di sana!
wahai pencuri!kita berjumpa di akhirat!InsyaAllah!

nota:penulisan ini dinukil berikutan kehilangan RM di bonet kereta semasa mencuci kenderaan berkenaan.

all friends;
car wash?beware ur belongings!

Comments

  1. Salam sis....ye amat benar,lihatlah dari sisi yang terlindung(blind spot).Itulah sesuatu yg sukar utk dilaksanakan.Redha....dan merenung,itu mungkin bukan rezeki kita....Itu pasti ada hikmahnya...mungkin Tuhan akan beri ganti yang lebih baik atau setidak2nya kita bersikap lebih berhati2 pada masa akan datang....

    Hakikatnya erti kehilangan material mmg sukar,kerana kita sayang,kena usahakan utk mendapatkannya....tetapi itulah hakikat yg telah tertulis,kehilangan.........apatah lagi jika yg hilang lebih dari sekadar material.Bersabarlah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..