Resepi Jumaat



Sempena Jumaat yang mulia ini, bertepatan dengan fadhilat jumaat yang berbunyi:

“Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga”

Justeru, saya ingin mengeratkan hubungan keluarga dan silaturrahim dengan memperkenankan permintaan seorang kakak yang baik untuk memberinya Resepi Puding Koktel dengan Sumi Jeli.

Bukankah Mengujudkan hubungan silaturrahim ini merupakan salah satu yang dituntut oleh Islam bahkan dengan mengujudkan silaturrahim itu adalah jalan kepada hubungan dengan Allah Subhanahu Wataala. Ini jelas sebagaimana hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Al-Imam At-Tarmizi :- Maksudnya :-

Hubungan silaturrahim adalah jalinan daripada tuhan yang pengasih. Siapa yang menyambungnya, Allah juga berhubung dengannya dan siapa yang memutuskannya, Allah memutuskan hubungan dengannya.

Diharap dengan resepi mudah ini dapat mencambahkan lagi keriangan kakak sekeluarga dan melebarkan lagi ukhwah yang sedia ada,,,>.<

Resepi Jumaat

(Puding Koktel dengan sumi jeli)

Bahan-bahan

1 peket agar-agar (yang bertali)
2 cawan air
3/4 tin susu cair
2 sudu tepung kastard (dicairkan dengan sedikit air)
2 cawan gula pasir (boleh ikut tahap kemanisan yang disukai)
Esen vanilla (jika suka)
Sumi jeli (boleh divariasi dengan buahan campur,peach, biskut oreo hancur, kek gulung di potong dadu dsb jika suka)

Cara penyediaan

Rebus agar-agar dengan air hingga hancur
Setelah hancur, masukkan susu cair dan tepung kastard yang telah dicairkan
Kacau sebati dan masukkan gula
Kacau hingga mendidih
Isikan bekas hidangan dengan sumi jeli (boleh disusun ikut kreativiti)
Angkat dan tuang perlahan-lahan agar-agar tadi ke dalam bekas berisi sumi
Biarkan sejuk

Penyediaan sos (pilihan)

¼ tin susu cair
½ cawan gula
2 sudu tepung kastard
Semua bahan dicampur dan dipanas dalam periuk
Kacau hingga sebati dan menjadi agak pekat
Bila mendidih,angkat dan sejukkan

Puding dengan sos sedia dihidang (molek dihidang sejuk)

Selamat mencuba…

Rose ‘10

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..