PM dijamu ubi kayu yang ditanam di belakang rumahku




Bila baca headlines di Utusan Malaysia “Najib dijamu ubi kayu rebus di Kuala Chenang” terpanggil juga untuk menelefon mak di kampung.Bangga juga bila dapat tahu ubi kayu rebus yang disaji buat Mr.PM adalah ubi kayu yg ditanam mak dibelakang rumah!!!

mak dan abah memang banyak tanam ubi dan pada hari kejadian kata mak,mak hanya sedekahkan sekampit (seguni) ubi kayu buat santapan PM.biasanya kami pun jarang makan ubi kayu rebus, agaknya bila PM datang dan nak merai cara yang eksotik agaknya disajikan ubi kayu rebus ni..

kata mak, yang banyak menjamu selera bukan setakat PM malah lebih 200 orang kampung yang jadi by stander!!!bagus jugak lah,,org kampung pun agaknya dah lama tak merasa, tambah-tambah disertakan dengan kelapa parut dan sambal ikan bilis serta kopi panas!memang kudapan yang terangkat!

Bila baca artikel di paper,Nampak macam kampung benar ye Langkawi dan Kuala Chenang ni..hakikatnya telah dinyatakan di atas,mak dan abah pun bukan nelayan pure pun,sekadar ada bot dan memancing sekadar hobi sejak bersara ni,dan memancing dah jadi aktiviti keluarga.maklumlah,,orang pulau. peruntukan 7 juta PM tu satu rahmat buat nelayan di sana,moga cepatlah siap projek ni,,supaya ramai dapat manfaat…ehem
Saya lampirkan artikel di bawah buat kenangan….bukan senang nak jamu PM dengan ubi kayu di belakang rumah sendiri!!tak gitu?


Najib dijamu ubi kayu rebus di Kuala Chenang

LANGKAWI 16 Feb. - Ubi kayu rebus dicicah kelapa parut dan sambal tumis ikan bilis mungkin juadah biasa bagi masyarakat nelayan Kuala Chenang di sini.
Namun semalam, ia menjadi cukup istimewa apabila dinikmati bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Perdana Menteri yang bercuti di Langkawi sejak dua hari lalu mengakhiri kunjungannya ke pulau legenda itu dengan meluangkan masa selama sejam di perkampungan nelayan tersebut untuk beramah mesra dengan masyarakat di situ.

Sambil duduk menjamah juadah di meja kayu, Najib sempat menyelami masalah yang dihadapi oleh nelayan di kawasan berkenaan.

Beliau kemudiannya mengumumkan peruntukan RM7 juta untuk pembinaan sebuah pangkalan nelayan baru Kuala Chenang bagi kemudahan para nelayan di situ.
Dalam ucapan ringkasnya, Perdana Menteri melahirkan rasa tersentuh kerana dapat berjumpa dengan masyarakat nelayan di situ secara dekat, tanpa sambutan rasmi hatta permaidani merah.

"Saya datang ke sini bukan atas lawatan rasmi, malah saya anggap ini adalah tinjauan mesra bersama masyarakat nelayan dan berasa lebih dekat kerana tidak ada protokol dan sambutan besar-besaran," katanya di sini hari ini.
Ketika di pangkalan tersebut, Perdana Menteri turut dihidangkan dengan produk popular Pulau Langkawi iaitu dadih susu kerbau.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0217&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive

Comments

  1. salam....tu la masa dengar berita PM dijamu ubi rebus di Kuala Chenang,teruih teringat kat U sis...sib baik u dah remark sini,if not...I pun dah terlupa nak ty....Lagi nostalgic kalu cikgu Rizal dan balik sat amik gmbq...hehehe

    ReplyDelete
  2. salam,dunia dah global, i pun dpt from online news je baru kol kg!hahahha,tp menarikkan?im analyzing from 1 perspective while theres mountains of other interpretations!pape pun,ubi kayu memang eksotik!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..