Inspirasi IMAN ku


Menjengah persekolahan tadika anak yang baru mencecah 2 minggu, terasa diri belum menjadi ibu yang baik. Rupanya kesediaan anak bersekolah bukan sahaja datang dari diri anak semata-mata malah dari ibu bapanya juga!mungkin anak-anak lain susah untuk dididik kesekolah, tetapi Iman memang tidak mengalami masalah besar melainkan masalah sukar bangun awal pagi dan mandi.rupanya saya sebagai ibu yang bermasalah untuk tune rutin ini dalam carta kehidupan harian.kadang-kadang rasa seperti saya yang lebih-lebih tension dari anak yang bersekolah.kesian Iman yang naturenya suka merengek dimarahi saya.Iman memang suka menangis untuk menarik perhatian dan saya pula mengahadapi masalah untuk memujuk!terasa ego diri menebal dan kadang kala saya mengeluh dek tidak tahan tekanan!setakat ini saya mengambil tindakan berdiam diri tanpa respond dan seakan memboikot anak untuk meredakan tindakan yang bukan-bukan terhadap Iman!marah dapat diredakan namun kesian Iman yang mungkin rasa disisih dan rengekannya berterusan!saya perlukan masa untuk mencari diri saya sendiri dalam hal ini.kadang-kadang saya rasa bias / berat sebelah dalam mendidik anak-anak.adik Iman, Surayya memang ok,tidak merengek, dengar kata,tidak banyak masalah dan memang menyenangkan hati walau usia baru menjengah 1 tahun.Untuk Iman saya kadang-kadang rasa kasihan bila tengok dia tertido selepas tersesak-esak menangis.saya pula sangat ego / dalam mengawal perasaan, saya biarkan!!!saya cuba untuk berurusan dengan Iman dengan sebaik mungkin, tapi mungkin dek kepenatan,dan iman pula jenis yang memang demanding, kesabaran saya selalu tercabar!saya sedar yang kadang-kadang saya project masalah pada Iman, and so do Iman!tapi dia kan masih budak-budak.setiap kali saya bertekad, setiap kali juga saya mungkir!!saya bukanlah ibu yang terbaik,tapi saya akan belajar!banyak tips keibubapaan yang dapat diambil namun di sini adalah antara tips yang menyentuh hati dan kes saya dengan iman,mungkin saya patut cuba untuk jadi yang terbaik!

Saya suka akan tips ini dan akan amalkannya untuk IMAN saya!

Menjadi Ibu Bapa Bukan Mudah

Tekanan hidup dan keadaan semasa kadang-kadang datang dengan cara mendadak. Jika kita rasa marah, geram dan benci, jangan lepaskan geram kepada anak. Cuba langkah-langkah berikut:-

• Ingat Tuhan!!!...duduk dan bertenang
• Tarik nafas perlahan-lahan dan kira hingga 10 atau lebih jika perlu
• Tenangkan fikiran, fikirkan sesuatu yang indah dan nyaman
• Hubungi dan berbual dengan rakan atau keluarga mengenai masalah anda
• Ambil bahan bacaan ringan seperti majalah dan surat khabar
• Lihat album lama sambil ingat peristiwa manis
• Bersenam dan mendengar muzik ringan
• Baring atas lantai dan berehat...
• Bawa anak bersiar-siar
• ...Buatlah sesuatu yang anda sukai

http://www.japem.gov.bn/Tips/panduan%20keibubapaan.htm

Mulakan hidup anak dengan panggilan nama yang baik. Panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak malu dan berasa rendah diri.
# Berikan anak pelukan setiap hari kerana kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan kebijaksanaan minda atau otak yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
# Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang (pandangan ini akan membuatkan anak lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).
# Berikan peneguhan setiap kali anak berbuat kebaikan (berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
# Jangan harapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan itu membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.
# Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (ini kerana anak-anak akan terus membesar sedangkan masa terus berlalu dan tidak akan kembali).
# Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, ibu bapa jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
# Dengarlah cerita anak kerana cerita itu tidak akan dapat didengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (ini akan mengajar anak mengenai giliran untuk bercakap).
# Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.
# Tunjukkan kepada anak cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
# Buat sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak belajar menghargai. (Anak-anak yang lahir daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
# Kemungkinan anak menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan anda mengajar mereka lebih daripada sekali.
# Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan berasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
# Dengar mimpi ngeri anak-anak. Mimpi ngeri mereka begitu realistik dalam dunia mereka.
# Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Minta kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
# Jangan membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
# Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
# Terimalah hakikat yang kadangkala anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.

http://intim.wordpress.com/category/keibubapaan/

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..