Inspirasi puasa


salam..
lama tidak menjenguk laman ini dek kesibukan (konon) yang melanda.akhir-akhir entah kenapa hati dijengah untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis, walhal puasa Ramadhan selamat diganti!Alhamdulillah...dengan susah payah,dapat juga menggantikan yang wajib!mengimbau kembali inspirasi diri sendiri dahulu kala, saya sejak di universiti Alhamdulillah, memang merupakan individu yang rajin berpuasa.Tambahan pula dengan bi'ah di kampus yang meraikan aktiviti berpuasa di kalangan students.bayangkan kantin / cafe mahallah boleh menyediakan menu special untuk hari-hari sunat berpuasa!i love those old days..saya pula asal relate dengan diri yang nak ber exam, nak dapat result best..nah!berpuasalah saya!zaman bujang dan berkerjaya pun saya agak rajin menunaikan ibadah ini.terasa hidup sentiasa diberkati.Bila berkeluarga,ehemmmm..yang wajib alhamdulillah!saya berjaya puasa penuh tahun lalu walau sarat mengandung!(dengan dorongan individu-individu sekeliling yang menyayangi..).yang sunat,on-off je.akhir-akhir ini saya terpanggil untuk mengembalikan kegemilangan berpuasa sunat Isnin-Khamis.tertanya-tanya,kenapa puasa?adakah sekadar mengimbau memori lama? atau diet?carian di laman sesawang mengembalikan info tentang hikmah dan fadhilat berpuasa Isnin-Khamis.hari ini, suami tersayang turut berpuasa.akan ku masak siakap kukus buat iftar maghrib nanti.InsyaAllah!JOM kita berpuasa!

PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS

Puasa hari Isnin dan Khamis ialah puasa yang disunatkan pada hari-hari tersebut di setiap minggu. Adapun hikmat disunatkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis itu ialah ada hubungkait dengan amal perbuatan manusia di dalam satu minggu. Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata:

Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi Allah Shallallahu ‘alaihi wasallam (melakukan) puasa pada hari Isnin dan Khamis, dan ditanya (Baginda) akan (sebab) sedemikian itu, baginda bersabda: "Sesungguhnya amalan manusia itu ditunjukkan (dibentangkan) pada hari Isnin dan Khamis."

(Hadits riwayat Abu Daud)

Dalam hadits yang lain pula, diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Ditunjukkan amalan (anak adam) itu pada hari Isnin dan Khamis, maka aku suka supaya ditunjukkan amalanku itu pada hal aku sedang berpuasa."

(Hadits riwayat Tirmidzi)

Tersebut di dalam Kitab I‘anah Ath-Thalibin bahawa berpuasa pada hari Isnin adalah lebih afdhal daripada berpuasa pada hari Khamis kerana keistimewaan yang berlaku pada hari tersebut. Di antaranya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:

Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam) akan perihal berpuasa pada hari Isnin, Baginda bersabda: "Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutus atau diturunkan ke atasku (perutusan) pada hari itu."

(Hadits riwayat Muslim)

olahan daripada:http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/ic5_1999.htm

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..