Saya suka hujan kerana…



Apa makna hujan kepada anda?Akhir-akhir ini musim hujan tiba. Namanya pun negara Khatulistiwa (teringat subjek geografi di sekolah dulu-dulu), panas dan lembab sepanjang tahun. Kita bukan tidak tahu, bukan tidak bersedia tetapi seakan lupa dengan kehadiran musim ini. Pepatah Melayu pun ada mengatakan:sediakan payung sebelum hujan. Dalam maknanya bila difikirkan.Paling tragis dan drastik tentang hujan ini ialah bila dilanda banjir. Itu di antara elemen nampak dek musim hujan sebegini. banyak perkara yang boleh dilihat dinilai dan diaplikasikan pada orang lain dan untuk diri sendiri pada musim hujan sebegini.bukan hendak berfalsafah, tetapi sekadar menyelami apa yang dekat dengankehidupan harian kita. Di antara jawapan kepada persoalan hujan:

1) Saya suka hujan kerana:

- boleh guna payung yang dah sedia dibawa
-tak payah siram pokok!
-jimat bil elektrik.tak pasang air-cond sebab dah sedia sejuk
-jimat kos makan luar,malas nak berbasah-basahan dan rimas nak keluar-keluar
-boleh spend masa bersama keluarga di rumah, goreng pisang atau cekodok, makan depan tv
-hujan kan rahmat...doa makbul ketika hujan.banyak-banyak berdoa!

2) Saya tidak suka bila hujan kerana

-bila terlupa bawa payung!
-bila tengok orang lain pun tak bawa payung jugak
-baju diampai lambat kering
-bajet diapers anak-anak meningkat…hhaha
-susah driving di jalanraya.kurang kadar penglihatan,ada pemandu lain yang kurang tahap kesabaran, hon/ flash kita dari belakang. (kenela paham, I ni perempuan, bawa budak-budak kecik, dengan kancil 850c,kalau laju, boleh terbalik maa).


Itu di antara suka dan tidak sukanya kita bila musim hujan, hakikatnya Allah turunkan hujan sebagai rahmat…iyelah kita manusia,bila panas, minta hujan, bila hujan, nak panas pulak, macamana tu?Syukurilah…

• An Nuur : 43. Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) ais itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.

• Ar Ruum : 48. Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira.

• Al A’raaf : 57. Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.

• Al Furqoon : 50. Dan sesungguhnya Kami telah mempergilirkan hujan itu diantara manusia supaya mereka mengambil pelajaran (dari padanya); maka kebanyakan manusia itu tidak mahu kecuali mengingkari (nikmat).

http://deeu47.multiply.com/journal/item/88

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..