resepi puding caremel untuk ukhtie



pos berikut adalah permintaan seorg teman untuk lampiran resepi puding caramel.saya coretkan seadanya untuk versi puding yang rasa ala cuppoccino dan tidak hanyir (telur), suami sy sukakan versi ini,

bahan-bahan puding caramel:

3 biji telur ayam (seeloknya gred b @ a)
1/2 tin susu cair
1/4 cawan gula (boleh ubah ikut tahap kemanisan yang anda suka)
1/4 cawan air
setitis esen vanila
serbuk kayu manis (untuk kurangkan hanyir telur & beri aroma yang best)
satu sudu tepung kastard /dicairkan (untuk efek warna kuning dan memejalkan puding--optional)

bahan-bahan sos caramel:

1/4 cwn gula dihanguskan!
biasanya pada tahap 1 gula akan cair dgn warna putih
tahap 2 berwarna perang=ini yg biasa digunakan untuk sos
tahap 3 berwarna gelap/kopi=tahap ini yg menjadikan gula menjadi agak pahit sedikit dan memberi impak cappucino pada puding nanti ;)

cara-cara penyediaan:
masukkan telur kedalam blender dan blend sehingga kembang
masukkan gula dan blend hingga hancur
masukkan pula susu cair,air,esen vanila,serbuk kayu manis dan tepung kastard=blend sebati

gula hangus tahap 3 dimasukkan ke dalam loyang pengukus

tuangkan perlahan-lahan adunan blender tadi ke dalam loyang

mulakan mengukus puding untuk 30 minit

bila sudah masah, sejukkan dan terbalikkan puding tadi ke dalam beka hidangan.

sedap dimakan ketika sejuk/disejukkan dalam fridge:)

selamat mencuba....

Comments

  1. oh....thanks...nmpk cedap,1 day kena try...

    ReplyDelete
  2. akak dah amik resepi...tapi...apa kata buat tunjuk cara kat lgkawi nanti...favourite akak tu...hari ni buat cake coklate moist utk mak..birthday 24hb 11 ni...tapi kami dah rasalah..he..he

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..