inspirasi sebuah kehilangan


Ramadhan telah hilang
membawa bersama rahmat tidak terbilang
doa untuk bertemu lagi Ramadhan itu
moga ibadah dapat direstu

syawal pula menjelma
membawa sejuta gembira
riuh dan tawa
moga kita tidak alpa dengan ria
bahwa hidup diteruskan jua





telah terjadi sebuah kehilangan
ayahanda tercinta mengadap ilahi
membawa kasih tidak terperi
meninggalkan kami bersama pilu di hati

terbayang ayahanda menjamah ketupat
dikalang handai, taulan sahabat
tidak kutahu janji ilahi
bahwa ayahanda akan pergi

jika kuketahui
pasti ayahanda senantiasa kudampangi
berkongsi duka tawa serasi

terbayang bersih riak tawa ayahanda
sapanya lembut ikhlas sentiasa
madahnya berkhikmah mesra sentiasa
tiada kesah terpancar di muka

moga persemadian ayahanda menenangkan
dicucuri rahmat ilahi
dicambahi Nur
senantiasa diberkati

sejambak kasih untukmu ayahanda
moga kita ditemukan disana...

al-fatihah buat Allahyarhan ayahanda Zaini Bin Dawi
yang telah meninggalkan kami pada 6 Syawal
moga rohnya dicucuri rahmat..amin

"Setiap jiwa akan merasakan kematian?"
(QS Ali'Imran [3]: 183)

"Kami tidak menganugerahkan hidup abadi untuk

seorang manusiapun sebelum kamu. Apakah jika kamu
meninggal dunia mereka akan kekal abadi? (QS
Al-Anbiya' [21]: 34)

Comments

  1. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu....

    Kami sekeluarga juga berkongsi duka yang sama...biar cerita berbeza,tetapi penyudahnya tetap sama....pemergian yang tidak akan kembali lagi..

    Alfatihah jua buat semua yang telah meninggalkan kita terlebih dahulu.Semoga Allah mengampunkan mereka,merahmati mereka dan mengasihi mereka,amin.

    Kasih menantu dan mertua....selalu orang luar silap menilai.Hakikatnya, kita kasihkan mereka seakan kita kasihkan ibubapa kita sendiri....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..