Maqluba Jordan ala ENSTEK



Maqluba bereti terbalik!Maqluba Jordan sebab suami pernah belajar di Jordan dan ENSTEK kerana penyediaannya berlangsung di ENSTEK Malaysia. jadi,ia ada sedikit sentuhan ke Malaysiaan!

Bahan-bahan untuk nasi

3 pot Beras
½ ekor Ayam
2 biji Terung
1 labu Bunga kubis
3 biji Kentang
½ sudu Rempah Maqluba (boleh dapatkan dengan saya)

Cara penyediaan

1. Beras dibasuh dan di toskan.
2. Ayam direbus kosong (untuk sup dan stok ayam) tanpa sebarang perencah
3. Angkat rebusan ayam, asingkan ayam dan supnya.ketepikan
4. Ayam yang telah direbus, Terung dipotong memanjang, bunga kubis dan kentang dipotong dan digoreng garing.ketepikan.
5. Bancuh rempah maqluba dengan sup ayam tadi.
6. Aturkan bahan gorengan dan beras secara berlapis / berselang seli di dalam periuk.
7. Masukkan sup / stok ayam tadi mengikut sukatan bersesuai dan bolehlah ditanak.

Bahan-bahan untuk salatoh / salad

½ biji Timun
2 biji Tomato
½ batang Lobak merak (pilihan)
2 labu Bawang besar (pilihan)
Segengam Daun pasli (pilihan)
1 biji lemon / limau nipis / limau kasturi
Secubit garam

Cara penyediaan salatoh.

1. Timun, tomato, lobak merah dan bawang besar dipotong dadu.
2. Daun pasli dicincang.
3. Gaulkan semua bahan
4. Perahkan lemon ke dalam gaulan tadi
5. Letakkan secubit garam



Bahan untuk sos
2 biji tomato
5 biji cili besar
Gula
Garam

Cara penyediaan sos

1. Tomato, cili besar (dibuang bijinya) , secubit gula dan garam dikisar.


Nasi yang telah masak boleh dihidangkan dengan menterbalikkannya ke dalam bekas hidangan, dihias mengikut citarasa dan bolehlah dimakan dengan salatoh berserta sosnya…




Comments

  1. Suami pandai masak jgk? Bagus la...
    tumpang tanya..mn nak dapatkan rempah MAQLUBA

    ReplyDelete
  2. rempah...nanti saya pesan melalui kawan di Jordan ya.tapi kalau buat resepi ni tanpa rempah maqluba, ia akan jd sentuhan malaysia sketla,nasi ayam!hahaha

    nasi arab?jordan ni kira arabla....kan?

    ReplyDelete
  3. berita baik, suami berbesar hati telah mendapatkan rempah maqluba dari Jordan, andai ada permintaan, sila emel/hubungi saya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru sahaja baca resepi pasal tentang nasi maqluba pn nie....dan saya berminat sangat utk dapatkan rempah maqluba dari jordan.....utk masak kat rumah makan famili.....nie hp saya...012-3701062....alamat no.2, Jln. TBC 29, Tmn. Bukit Cheng, 75250 Melaka....Kamarul Feizal b. hj. Haron

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..