Posts

Showing posts from September, 2009

Maqluba Jordan ala ENSTEK

Image
Maqluba bereti terbalik!Maqluba Jordan sebab suami pernah belajar di Jordan dan ENSTEK kerana penyediaannya berlangsung di ENSTEK Malaysia. jadi,ia ada sedikit sentuhan ke Malaysiaan!

Bahan-bahan untuk nasi

3 pot Beras
½ ekor Ayam
2 biji Terung
1 labu Bunga kubis
3 biji Kentang
½ sudu Rempah Maqluba (boleh dapatkan dengan saya)

Cara penyediaan

1. Beras dibasuh dan di toskan.
2. Ayam direbus kosong (untuk sup dan stok ayam) tanpa sebarang perencah
3. Angkat rebusan ayam, asingkan ayam dan supnya.ketepikan
4. Ayam yang telah direbus, Terung dipotong memanjang, bunga kubis dan kentang dipotong dan digoreng garing.ketepikan.
5. Bancuh rempah maqluba dengan sup ayam tadi.
6. Aturkan bahan gorengan dan beras secara berlapis / berselang seli di dalam periuk.
7. Masukkan sup / stok ayam tadi mengikut sukatan bersesuai dan bolehlah ditanak.

Bahan-bahan untuk salatoh / salad

½ biji Timun
2 biji Tomato
½ batang Lobak merak (pilihan)
2 labu Bawang besar (pilihan)
Segengam Daun pasli (pilihan)
1 biji lemon / limau nip…