Inspirasi Langkawi 1 pengenalan


Teman-teman selalu bertanya tentang Langkawi, tanah kelahiran saya. Selalunya tentang tempat- tempat menarik, hotel, kereta sewa dan ada juga yg bertanya tentang makanan popular (seperti laksa power) dan harga makanan (kononya mahal ; roti canai mencecah RM8 walhal sepotong kuih di kampung saya hanya 20 sen sepotong dan nasi lemak RM0.50-RM1 sebungkus!melainkan selera anda memang 5 star!).ada juga bertanya tentang tipikal info on kain batik, coklat, rokok, minyak dan produk gamat, Kristal dan ada juga yang bertanya tentang hal memancing!!!saya secara peribadi memang suka dan berbangga jika ada kawan-kawan yang sudi bertandang ke Langkawi dan seboleh-bolehnya saya akan selalu melayan request kawan-kawan dan bersifat one time info, jika ada request lagi, saya mencari lagi,,dan akhirnya tiada catatan dibuat.Justeru saya bercadang menjadikan blog ini sebagai tempat rujukan saya sendiri dan kawan-kawan jika memerlukan info berkaitan tentang Langkawi. Untuk kali ini kita mulakan dengan latar belakang Langkawi dari perspektif saya.
Langkawi pada saya adalah tanah kelahiran saya, ibu bapa, saudara mara, sahabat handai semuanya bermula di sini. Ada yang bertanya, keturunan mahsuri ke? Malu pulak nak mengaku, maklumlah, rupa mahsuri tiada, harta pun kurang.jiran Mahsuri suatu ketika dulu mungkin!pendek kata Langkawi memang nostalgic bagi saya, saya bertadika, sekolah rendah, menengah, bermain dan membesar di sini. Hanya selepas SPM saya keluar dari pulau untuk melanjutkan pelajaran (kerana mak kata, kalau nak tengok dunia luar, hanya dengan mengaji pandai baru dapat peluang keluar,kalau setakat keluar makan angin sekali sekala mana dapat…). Langkawi adalah kampung melayu tipikal yang tradisional, aman, damai, hijau, ramah dan manis (dan imej sebegini kekal di hati saya sehingga sekarang walau Langkawi dari segi geografinya telah banyak berubah). Walau saya tidak membantah kemajuan tetapi elemen tradisi masih saya perlukan. Saya sayangkan pantai Langkawi yang putih bersih, bayunya yg sepoi bahasa, hijaunya yg damai, kampungnya yg tradisional dan masyarakatnya yang ramah!(kenduri kahwin saya hampir 3 ekor kerbau ditumbangkan plus 100kg daging tambahan!)sesekali saya pulang beraya dan solat di masjid, ada yang bertanya, bila balik?saya mencuit ibu dan berbisik;siapa?ibu berbisik balas:maklong (bau-bau epal…terlalu jauh tapi masih mengenali saya!!) sungguh manis..
Langkawi sekarang masih sama pada saya namun pembaharuan pantas disana-sini kadang-kadang saya sendiri tidak sedari. Jadi untuk menikmati feel pulau peranginan, kami sekeluarga sering berkelah di pantai, sight seeing, shopping, island hoping dan makan ikan bakar persis pelancong!
Berikut saya cadangkan beberapa resort (medium rate) berdekatan rumah saya. Ada yang bertanya,tak ada family resort ke?ada..tapi saya prefer kawan-kawan stay dekat dengan pantai..alang2 sampai Langkawi.biar dekat pantai dan mandi manda. InsyaAllah dalam waktu terdekat kami akan sediakan homestay untuk kawan-kawan dengan harga kawan-kawan..tungguuu..
Untuk ke Langkawi melalui darat/laut dan udara tiada masalah.tapi untuk mengelakkan kepadatan dan kesesakan (dan harga juga tinggi) perlu dielakkan musim cuti umum, cuti sekolah dan weekend. Hotel berikut memang tepi pantai Cenang-pantainya cantik, landai dan sesuai mandi manda, elakkan mandi di pantai Tengah kerana agak curam dan berbahaya (ada banyak kes mati lemas!!).pantai cenang memang happening, banyak kedai makan, gerai cenderamata, cyber cafĂ© dan macam2 ada…memang banyak hotel, motel dan chalet disini, tapi saya cadangkan hotel2 berikut mengikut keselesaan rate, lokasi dan dekat dgn pantai.nanti saya akan pos senarai hotel 5 bintang bagi yang berminat.
Hotel berikut memang tepi pantai dan tepi jalan utama.boleh walk in atau booking.nanti saya sertakan contact no.

Malibest Resort (RM120-250) is a deluxe resort with total of 88 rooms and 5 tree top chalets. It's strategic location makes the resort the best destination , beautiful and scenic with magnificent view over looking the sea.
(rose;recommended!scenic view from the tree top;)

Best Star Resort (RM100-250) is a perfect getaway destination, beautiful and scenic, with so much for visitor to discover. The resort offers guest not only relaxation, but also the privacy of tranquility.
(Rose:suitable for small n big group visit)

Melati Tanjung Motel (RM75-110), a small motel at the beach of Pantai Cenang, is managed by a local family.
(Rose:sesuai untuk low profile but treasure privacy family :)

AB Motel (RM60-120), with its 52 chalet-type rooms, provides ideal accommodation for the budget conscious. It is just a few steps away from Pantai Cenang, an untouched and beautiful beach.
(Rose:among pioneered motel, sesuai untuk romantic couple:)

Comments

  1. Oh!I am coming...Langkawi wait for me,sooner or later,i will!

    ReplyDelete
  2. datang jgn x datang yg sis..if family u,seswai je stay kat umah i...bukan stakat 5 star, countless star you...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..