Posts

Showing posts from July, 2009

inspirasi Israk Mikraj

“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Maksud surah al-Isra':1)

….satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

Umat Islam wajib mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu.
Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.

Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah.

Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.

Tetapi bagai…

Inspirasi Langkawi 1 pengenalan

Image
Teman-teman selalu bertanya tentang Langkawi, tanah kelahiran saya. Selalunya tentang tempat- tempat menarik, hotel, kereta sewa dan ada juga yg bertanya tentang makanan popular (seperti laksa power) dan harga makanan (kononya mahal ; roti canai mencecah RM8 walhal sepotong kuih di kampung saya hanya 20 sen sepotong dan nasi lemak RM0.50-RM1 sebungkus!melainkan selera anda memang 5 star!).ada juga bertanya tentang tipikal info on kain batik, coklat, rokok, minyak dan produk gamat, Kristal dan ada juga yang bertanya tentang hal memancing!!!saya secara peribadi memang suka dan berbangga jika ada kawan-kawan yang sudi bertandang ke Langkawi dan seboleh-bolehnya saya akan selalu melayan request kawan-kawan dan bersifat one time info, jika ada request lagi, saya mencari lagi,,dan akhirnya tiada catatan dibuat.Justeru saya bercadang menjadikan blog ini sebagai tempat rujukan saya sendiri dan kawan-kawan jika memerlukan info berkaitan tentang Langkawi. Untuk kali ini kita mulakan dengan lata…