Posts

Showing posts from June, 2009

InSpIrAsI HaRi LaHiRkU..

Image
hari lahir...
Mengingatkanku pada pelayar kapal
kian merapat ke pelabuhan.
Sudahkah dipersiapkan
segala keperluan?
Untuk nanti berangkat
ke pelabuhan lain?
Kurenungkan sementara
ruang kesempatan masih ternganga.
Doaku buat diri dan semua
Moga hidup kita senantiasa dimulia
Diberkati dan disuluh perjalanannya
Kerana kita akan kembali kepangkuanNYa

Rose
3 Julai 1977-3 Julai 2009

berapa harikah kita berpuasa Rejab...

Image

dedikasi buat ayah..

Image
Ayah Mahkota kasihku
kutatap dan kudakap
Puing-puing rindu menyepuh istana hati
alangkah sepinya jiwa anak perindu
betapa jauhnya berkalung kalbu
hari ini ku titip doa
berbahagialah ayah.

Ayah
Jasamu terpahat di mana-mana
nasihatmu tersimpan kukuh di hati
Semangatmu mengental di sanubari
dengan keringat dan air matamu
akar budaya diri ini kukuh
seperti tertegaknya limphan budi.

Ayah
Istana bahagia ini ayah bina
bersama warna warni kehidupan
bersama rentetan kesengsaraan
semangat dan pengorbanan ini
menjadi nafas kedaulatan keluarga

dan hari ini
teratai berkembang mekar
disinari mentari pagi
dirgahayu buatmu, ayah.

titipan rose buat abah

Inspirasi HIJRAH

Image
salam dan selamat sejahtera
lama tidak menjenguk post baru:)agak kesibukan dengan perpindahan...Alhamdulliah, perpindahan yang mengambil masa hampir 2 minggu (walau belum selesai sepenuhnya) selesai.Perpindahan dimaksudkan ialah pindah pejabat!bilamana mendapat arahan (verbal) untuk berpindah, tanpa banyak soal dan meninggalkan urusan menulis (PHD), terus bergerak untuk melihat pejabat baru di blok Akademi Islam KUIS,Alhamdullah..terpacul di fikiran,hijah ke arah kecemerlangan!!seperti tema sambutan Maal Hijrah gitu.alhamdulillah mentee - mentee sanggup tolong untuk mengangkut barangan ofis yg terkumpul hampir 7 tahun!!dalam masa seminggu, baru nampak wajah pejabat baru dan baru sekarang mood menulis tiba kembali.ada yg sudi bertandang bertanya:kak ros!ok ker share pejabat?saya berkongsi pejabat dengan sahabat kerana 2-2 sedang cuti belajar dan agaknya keperluan pejabat untuk pensyarah baharu begitu mendesak.saya menjawab, masalahnya cuma mana nak letak barang-barang yang maha banyak!t…

inspirasi kereta...

Image
kereta oh kereta...hidup perlu berkenderaan,,,tanpa kenderaan, "patah kaki" jadinya.ada juga yang berkenderaan bukan untuk tujuan perjalanan, pekerjaan dan segala urusan tetapi sebagai kemewahan!pada saya kenderaan biar berpadanan, bersesuaian dengan keperluan...berikut adalah barisan kereta idaman yang sebahagiannya telah menjadi kenyataan,,alhamdulillah.moga kereta-kereta ini memacu kita ke perjalanan yang selesa, selamat dan gembira...

Inspirasi kek

Image

Inspirasi Jubah timur tengah...

Image
Timur tengah?Syiria...sungguh cantik,,nanti boleh saya upload gambar dan share dgn semua,,hb yg ke sana, ada ole-ole manisan arab.bagi yang nak membuat koleksi jubah ala Syiria, boleh dapatkan dgn saya..mungkin dah ada yg jemu dgn jubah malaysia, singapura dan Indon juga mungkin mesir, boleh try jubah Syiria pula...mana tahu, inspirasi Syiria dalam fesyen lps cuti sekolah...nanti saya upload yer..yg ada ni buat contoh dulu...harga?boleh runding..:)